Celebrate Birthday Adik Rania

Birthday adik Rania 6 Februari yang lepas. Takde buat sambutan besar-besaran pun. Cie masak dinner lepas tu keesokkan hari beli kek Bakers Cottage je ikut apa yang dia request. Cie nak beli kek Zus dia taknak. Secret Recipe pun taknak.


Menu dinner pada 6 Februari tu Cie masak macaroni bakar, kepak ayam ala IKEA, coleslaw, ada juga buah tembikai susu dan asam boi. Semua menu kegemaran anak-anak. 


Esoknya pulak 7 Februari keluar beli barang dapur kat BS Freshmart terus la singgah Bakers Cottage beli kek adik Rania. Bukan kek je macam-macam pulak masuk plastik. Lama jugak tak masuk ke BC tu.


Babahnya bagi duit, ibu dan kakak Raisha pun beli jugak 1 slice sorang. Memasing nak kek lain-lain. Ada promo untuk 2 slice RM12.90 rasanya ke RM12.99 tak ingat. 1 slice RM7 lebih, tak ingat berapa sen.

Beli jugak kaya puff, roti sosej dan chocolate danish. Untuk Cie dan Faiz je kaya puff tu. Yang lain-lain tu untuk 2 beradik tu la.

Adik Rania takde request hadiah. Bila tanya taktau nak request apa dah terlalu banyak dah ibu beli. Masa masuk kedai Ninso je dia nak phone charm RM1.90 je ada promo. Masa bayar baru tau ada promo. 


Kawan baik dia bagi 1 paperbag hadiah. Macam-macam ada. Jajan, lego kedai Eco dan entah apa-apa lagi dalam beg tu. 




Masa kecik dulu celebrate kat kampung rumah atoknya. Buat makan-makan jemput saudara mara terdekat je. Ada kek dan menu simple je. Dah besar-besar ni takdela dah buat majlis. 



Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. bagusnya rania ni tak nak request hadiah... ;-)

    bunga lego eco tu dah boleh msk dlm pasu buat hiasan atas meja belajar

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah happy birthday Rania. Semoga menjadi anak solehah yang di bawah rahmat Allah selalu.

    BalasPadam
  3. Happy Birthday Rania 💐
    Betul la kan, kalau dah tiap tahun beli hadiah…lama-lama cukup semua barang sampai tak tau nak request apa 😄

    BalasPadam
  4. Betul tu..dah besar- besar ni memang xde dah sambutan ,eriah..anak beranak je kat mana- mana restoran je...

    BalasPadam
  5. Cantik le lego tu. Kdg2 rasa sedih plk sbb celebrate biasa2 je utk kids..Tp bile nk buat dkt kg nk kena guna modal yg besar plk =D..Apa pun happy
    bday kids =D

    BalasPadam
  6. Happy birthday Rania!! Anak sy yg sulung kalau birthday kawan² dia pun suka bg hadiah mcm tu... byk benda dia sumbat dlm paper bag, tapi benda favourite kwn dia je

    BalasPadam
  7. Tak pernah beli kek baker's cottage. Bila anak dah besar, deme pun pandai sendiri. Tak ada request hadiah, kadang nak beli makanan sedap atau special sikit, itu jer.

    BalasPadam
  8. Alahaii selamat ulang tahun Rania. Semuga menjadi anak yang solehah.Baik sangat sebab tidak meminta-minta hadiah,

    BalasPadam
  9. happy birthday rania! seronok tu dapat macam2

    BalasPadam
  10. Dah besar ni majlis tak penting... yg penting hadiah...

    BalasPadam
  11. Selamat ulang tahun Rania 🎉🎉🎉🎉. Semoga sehat, makin pintar dan jadi kebanggaan orangtua selalu yaaa 🤗🤗.

    Tak jauh jarak birthday Rania dengan anak bungsu saya. Si bungsu inipun dah prepare, dia nanti nak makan2 di restoran sushi saat ultah (ulang tahun) nya 🤣.

    BalasPadam
  12. happy birthday rania..sronok birthday girl bila mkn masakan ibu

    BalasPadam
  13. makanan dengan blog ni memang x boleh dielakkan... hehehehe lapar plak

    BalasPadam
  14. Happy birthday Rania! Semoga jadi anak yg solehah kebanggaan babah & ibu 🤲🏻 Simple je anak Cie ye, takde demand2. Bagus macam tu 👍🏻

    BalasPadam
  15. Bagusnya Rania tak request hadiah birthday pun. Happy Belated Birthday Rania..

    BalasPadam
  16. memang full package untuk birthday simple tapi meriah 😍Adik Rania pun nampak sweet je, tak mintak hadiah besar. Kadang hadiah paling simple & small macam phone charm tu pun dah cukup buat dia gembira 🤍Happy Birthday Rania! Semoga menjadi anak yg solehah .... Aamiin

    BalasPadam
  17. Happy belated beday adik Rania 💐

    BalasPadam
  18. Happiest Belated Birthday Adik Rania.
    Semoga membesar jadi anak yang menyenangkan hati ibu dan babah.

    BalasPadam
  19. Celebrate kecil-kecilan pun ok asalkam dapat berkumpul dengan semua family .btw happy belated birthday adik rania ..

    BalasPadam
  20. Happy belated birthday 🎊
    Betullah makin dewasa tak merasa sangat nak sambut birthday

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.