Menu Berbuka 1 Ramadan 1447H

Mulai hari ni jika diizinkan setiap hari ada la posting menu berbuka Cie untuk sepanjang Ramadan. Sama macam tahun lepas jugak. Sejak dah aktif di Facebook dan Instagram, Cie kongsi menu berbuka di blog jela.


Balik kerja tukar baju terus masuk dapur buat bahan nak perap ayam berempah. Dah siap perap baru la solat Asar. Gulai kambing dinner semalam memang ada simpan sikit. Panaskan je hari ni. Tambah ayam goreng berempah je.

Bahan ayam goreng berempah pun senang je. Cie share la resipi Cie kot ada yang nak try buat menu berbuka atau sahur.

Resipi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan Ayam Goreng Berempah

6-7 ketul Ayam
1 sudu besar Bawang putih blend 
1 sudu besar Bawang besar blend
1 inci Halia
2 batang Serai
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit serbuk cili
Sedikit rempah kari
Sedikit garam
Minyak masak


Cara Membuat Ayam Goreng Berempah

  1. Blend serai dan halia bersama sedikit air kemudian tapiskan. Buang air tu.
  2. Masukkan serai dan halia blend ke dalam mangkuk, bawang putih blend, bawang besar blend, serta semua bahan lain tu kecuali ayam dan minyak masak. Kacau sebati semua bahan tu.
  3. Bila dah sebati masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan sekejap sebelum digoreng.
  4. Panaskan minyak, gorengkan ayam sehingga masak.
Dah siap senang je nak buat ayam goreng berempah. Lagi lama perap lagi sebati bahan tu. Cie tadi sekejap je sementara Cie solat dan Cie panaskan gulai kambing. Lepas tu baru Cie goreng ayam.

Sayur bendi celur, ulam timun dan sambal belacan. Baru la ngam dengan menu ayam goreng berempah dan gulai kambing tu.

Buah epal hijau je ada dalam fridge tu ok la potong nipis-nipis. Nanti nak makan baru tabur asam boi. Adik Rania la request nak buah. Epal je ada dalam fridge tu. Weekend baru ni tak beli buah.


Takde beza pun menu dinner dengan menu berbuka Cie. Sama je takde extra menu. Biasa Faiz beli kuih muih untuk berbuka, tadi takde pulak. Nak diet agaknya. Hihi. Cie memang nak turunkan 5kg ni jadinya memang kena pulun la.






Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. sedapnya menu cie. boleh tiru nanti

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah masakan sedap dari ibu yang penyayang..Selamat menjalani ibadah berpuasa

    BalasPadam
  3. Salam Ramadhan Cie! Sedap menu berbuka 1 Ramadhan ni 😄

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Menu yang menyelerakan untuk berbuka.

    BalasPadam
  5. Semoga berjaya turunkan kilo tu...Linda takde target Pape pun

    BalasPadam
  6. Nak turun 5kg tu memang kena konsisten. Kurangkan kuih muih manis masa berbuka, lebihkan sayur & protein macam ni pun okay...Semoga misi 5kg tu berjaya ya Cie! Slow-slow tapi konsisten 💕

    BalasPadam
  7. Menu yang molek untuk berbuka puasa. Suka tengok yang warna hijau tu

    BalasPadam
  8. wahhh kalau ada nasi lemak lagi ngam ni ;-)

    BalasPadam
  9. Paling sukaaa kalau lihat menu ulam dan sambal belacan. Itu saja pun dah fav saya sangat. 🤩🤩

    BalasPadam
  10. Ayam goreng berempah ni memang forever sedap.

    BalasPadam
  11. Ayam perap semalam.. time nak goreng tu wangian tu semerbak harum di dapur ..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.