Menu Dinner 7-11 Februari 2026: 4 Idea Hidangan Mudah & Sedap

Terlambat sikit buat kompilasi menu dinner untuk 7 hingga 11 Februari 2026 yang lepas. Kalut sikit hari tu sebab dapat panggilan kecemasan masa abang sakit tu. 
Dah ambil gambar maka teruskan jela walaupun 8 Februari takde gambar. Entahla masa tu makan apa tak ingat. Ada 4 hari jela menu yang ada. Nanti dah nak buat kompilasi menu berbuka puasa pulak.

7 Februari 2026

Menu hari Sabtu terajin nak masak menu dinner. Sebab dah taktau nak makan kat mana tu yang masak jela dinner.


Cie masak sup tulang, telur dadar, telur masin, kangkung belacan. Sup tulang tu letak kentang jugak. Tabur daun sup dan bawang goreng homemade memang padu. Ada pulak sambal kicap bertambah sedap hirup kuah.


9 Februari 2026

Baru teringat 8 Februari takde menu dinner. Lunch dah lewat petang lepas tu petang pulak Kak Long datang bawak popia sira, apam balik, martabak tu yang kekenyangan tak masak dinner.


9 Februari Cie masak siakap goreng sos thai, telur masin, ulaman salad, timun, kacang panjang serta sambal belacan. Rojak buah pun ada. Memang perfect combination untuk menu dinner bersama family.

10 Februari 2026

Kakak Raisha takde camping di sekolah. Cie masak menu dinner untuk kami 3 beranak jela. Walaupun makan 3 orang je tetap cukup lengkap.


Ayam goreng kicap, telur dadar, ulam timun, tomato ceri, kacang panjang, salad, sambal belacan dan buah epal serta buah jambu. 

11 Februari 2026

Hari Rabu pulak Cie dinner dengan adik Rania je. Kakak Raisha masih camping di sekolah, Faiz pulak ke Temerloh balik lambat. Cie tak masak tapau di Abe Joe Cafe je lepas ambil adik Rania balik KOKO.


Cie tapau mi goreng mamak untuk Cie dan adik Rania nak nasi goreng udang. Dinner 2 beranak jela kami. Jenuh nak habiskan kami kekenyangan.

Kompilasi 4 Menu Dinner

Dah nak masuk Ramadan ni kita habiskan dulu kompilasi menu dinner. Nanti masuk Ramadan nak buat posting macam tahun lepas setiap hari Cie share menu berbuka puasa dan sahur.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Tengok post ni lapar pulak Cie....sedap masakannya.

    BalasPadam
  2. Boleh bukak kedai tomyam ni. Menu hebat2 semuanya

    BalasPadam
  3. Kak SA teringin nak buat kompilasi macam ni tp tu la jenis x sabar kan...terus jadi entry hari2hahahaha

    BalasPadam
  4. Sedap pula siakap masak sos Thai tu... Sebelum puasa ni, nak kena masak..harap sempat lah

    BalasPadam
  5. Thankyou menu2nya kak. Jadi idea saya buat menyusun menu selama puasa ini

    BalasPadam
  6. Sup tulang tu alahai menggoda sukma hihi... Nak kena cari juga ni tulang. Smlm ramai sangat org qué dekat jualan Madani tu x jadi beli

    BalasPadam
  7. Dulu masa ramadhan pkp setiap hari mmg akn update gambar di IG... masa tu x aktif blog, rindu jugak masa pkp dulu

    BalasPadam
  8. Ada salad senang... kot malas nak masuk sayur.

    BalasPadam
  9. Rajin berhidang. Hehe kalau kitorang ini siap letak periuk atas meja malas nak basuh bekas banyak-banyak.
    Lauk yang menggoda saya lauk ikan siakap.

    BalasPadam
  10. Sedap semuanya
    Sup tulang
    Ulam2 wahhh memang sedapp
    Ni

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Semuanya sedap belaka. Bulan puasa nanti, tentu banyak idea kongsi menu berbuka.

    BalasPadam
  12. - sup tulang tu dengan sambal kicap & sambal tomato kerisik memang menambah nasi tau ..makan pulak panas² ..

    -Ikan siakap goreng rangup luar, isi lembut dalam… lepas tu disiram sos Thai yang pedas, masam, manis tu ..memang ala-ala menu thai dah tu

    BalasPadam
  13. - Ayam kicap memang antara menu paling mudah dan paling selamat kalau dah xtau nak masak apa.

    - mee goreng mamak Lagi best perah limau nipis atas tu sebelum makan

    BalasPadam
  14. bagus sgt sbb cie rajin masak2 dan rajin snap pic jugak

    BalasPadam
  15. Pandai betul akak memasak.
    Cuya kalau boleh pon teringin nak try menu lain2 tapi barang dapur ibu yg beli. Hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.