Minggu lepas Cie masak nasi goreng seafood cendawan. Pertama kali masak memang sedap so boleh la nanti bila-bila repeat masak lagi. Kakak Raisha suka nasi goreng seafood, adik Rania suka nasi goreng udang dan Cie suka cendawan jadi kita gabungkan je.
Bahan-bahan Nasi Goreng Seafood Cendawan
2 cawan beras dan 3 cawan air - untuk masak nasi. Nasi ni masak awal supaya cantik kejadiannya bila goreng. Cie masak masa balik rehat lunch time. 2 cawan ni cukup 4 orang makan.
Bawang putih
Bawang besar
Cili padi
Cendawan - ikut la nak letak cendawan yang macam mana
Carrot
Bahan perasa
Minyak
Cara Memasak:
- Chop bawang putih, bawang besar dan cili padi.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan chop sampai naik bau. Masukkan udang dan sotong. Kacau sehingga masak.
- Masukkan cendawan. Bila cendawan dan seafood bergabung akan keluar air yang banyak jangan risau nanti tutup je kuali air tu akan cepat kering.
- Masukkan carrot kacau sekejap dan masukkan nasi.
- Perasakan dengan bahan perasa lepas tu dah siap.
Cie masak nasi goreng memang tak letak kicap. Tak berapa suka. Cie nak nampak dia berwarna sikit Cie akan tumis bahan tumisan dengan minyak terpakai. Minyak goreng ayam ke ikan ke yang baru sekali pakai tu Cie simpan. Boleh guna untuk masak nasi goreng.
Bahan simple je agak-agak jela berapa banyak nak letak bawang dan segala bahan lain tu. Cie masak gitu la takde sukatan khas main agak-agak je. Udang selambak juga Cie beli 20 ekor, sotong 2 ekor. Sotong tu Cie dan adik Rania tak makan. Kami makan udang je. Babah dan kakak Raisha je makan sotong.


5 Ulasan
sedap tu nasi goreng seafood
BalasPadamNampak sedap, nasi goreng Cie masak. Betul, kalau beli di kedai, ada seketul dua je kot udang. Baik masak sendiri.
BalasPadamSedapnya nasi goreng seafood, ada telur mata dan cili potong confirm laju menyuap
BalasPadamNice =D
BalasPadamBaru tahu Cie tak makan sotong... Akk ni semua seafood suka... Nanti boleh try nasi goreng seafood pulak
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.