Cie pun masak la goreng sos ikut bahan apa yang ada kat rumah je. Nak buat sebiji macam kedai taktau guna sos apa kan. Kita hentam jela asalkan sedap rasa dia.
Resipi Puyuh Goreng Sos
Bahan-bahan Puyuh Goreng Sos
Puyuh
Bawang besar hiris
Bawang putih hiris
Serai hiris
Cili padi hiris
Daun limau purut koyakkan buang tulang
Tomato belah 6
Sos cili
Sos tomato
Sos plum (kalau takde tak perlu letak)
Daun ketumbar (kalau takde tak perlu letak)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak
Bahan perasa (gula, garam)
Bahan tu agak-agak jela ye mengikut firasat masing-masing. Selalunya main agak je.
Cara Membuat:
- Gaulkan puyuh dengan serbuk kunyit dan garam.
- Panaskan minyak dan goreng puyuh sehingga masak.
- Keluarkan minyak menggoreng tadi, tinggalkan sikit je untuk menumis bahan.
- Masukkan bahan hiris dan tumis sehingga naik bau. Masukkan daun limau purut.
- Masukkan semua sos dan tambah sikit air. Kalau nak pekat sos tu tak perlu tambah air dah.
- Masukkan perasa ikut la nak letak apa. Pandai-pandai la rasa ikut sedap di lidah. Masuk puyuh goreng dan kacau rata.
- Masukkan tomato dan kacau sekejap je. Tutup api dan masukkan daun ketumbar. Boleh letak dalam pinggan dan hidang.
Boleh la ek resipi Cie ni. Cie selalunya masak takde sukatan main agak je. Ni pun dah ingat-ingat lupa dah resipinya tapi InsyaAllah betul. Cie masak puyuh ni 20 Januari 2026 yang lepas. Dah beberapa minggu berlalu.
Memang sedap ratah je puyuh ni. Adik Rania sorang je taknak makan dia macam tak suka puyuh tu kecik macam tu. Cie bagi dia rasa isi je. Tu pun tak berapa nak makan.


22 Ulasan
Lama dh x mkn puyuh, selalu goreng berempah je, itu pun beli x pernah lg masak sendiri
BalasPadammy hubby suka la mkn puyuh! cuma MZ tak berapa reti nak masak2 puyuh ni
BalasPadamOh, puyuh ni masak simple² jer pun sedap. Eh, kenapa Rania tak suka, kecik ek?
BalasPadamSaya sukaaaa sangat burung puyuh ini. Memang kalau makan ini habis berapa ekor lah, Krn kecil kan 😄😄. Tp biasanya di sini dh goreng kak, pakai sambal pedas. Sedap juga pasti kalau dibuat pakai resep kakak
BalasPadamsinggah sini.. sedap ke rasa macam ayam ke puyuh.. rare menu ni..
BalasPadamWahh, resipi ni simple tapi nampak sedap... sy tak pernah makan puyuh lg
BalasPadampuuh nie, sedap goreng je...rangup haa makan..krup krap..krup krap... kalau linda la.. hihihi...
BalasPadamUish!! Sedap tu puyuh..
BalasPadamDah bertahun-tahun saya tak makan puyuh. Biasanya, memang digoreng je pun sedap.
BalasPadamLama Akk tak makan puyuh... Buat goreng kunyit saja pun sedap.
BalasPadamnmpk sedap je burung puyuh goreng nih., hehe
BalasPadamSuka juga puyuh ni tapi tak pernah masak la. Beli je. Kalau telur puyuh je pernah masak.
BalasPadamWahhh..Nice nih..Sy x pernah masak sndiri burung puyuh =D
BalasPadamSedapnyaaaa....lama dah x makan puyuh..selalu beli kat pasar tani, seekor dah mahal dah..tapi kena pandai pilih yang besar2...kalau kecik x puas makan..kat pasar tani tu dah siap layur kat api..so bila masak ada bau2 smokey tu yang sedap...
BalasPadamSuami order puyuh dengan kawan Alhamdulillah banyak isi tak macam dulu, kurus kering puyuhnya. Goreng kunyit pun sedap kan.
BalasPadamlama tk mkn burung puyuh
BalasPadamSiap ada versi frozen. Menarik.
BalasPadamResepi simple Cie ni bahan-bahannya boleh tahan meriah. Sure sedap kejadiannya. Puyuh ni memang sedap cumanya comel sangat itu yang kadang-kadang tak cukup seekor bila makan😋
BalasPadamHaritu gi Rosyam Mart nampak gak ada frozen puyuh tp tak beli pun. Nanti nak cuba jugaklah masak
BalasPadamAkak tak berani masak puyuh sebab kecil huhu
BalasPadamTerima kasih share resipi! Sedap puyuh ni, tapi kecik sangat mcm tak puas makan
BalasPadamDulu arwah wan CCL ada selalu beli burung puyuh ..balik basuh sama-sama ..buang bulu puyuh ..buat masak kunyit ..mengamit memori laa
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.