Beli Daging Lembu Untuk Masak Raya

2 minggu lepas kawan sekolah rendah Cie di kampung open order daging lembu dalam group whatsapp sekolah rendah Cie. Dia cakap hari Khamis dia sembelih. Kawan Cie ni tokey lembu. Senang terus order dari dia je dan boleh terus hantar ke rumah ayah. Kak Long dah start cuti hari ni so Kak Long jela yang terima daging tu.

Cie order 3 kilo daging, 2 kilo tulang dan seketul otak. Harga untuk sekilo daging dan tulang RM30 je dia jual. Kira murah tu tempat lain semua RM35 ke atas. Tak sure memang dia jual harga tu ke atau dia offer kat kami ni kawan sekelas dia.

Kak Long hantar gambar pagi tadi. Macam tau-tau je adik dia ni perlukan gambar untuk content blog. Hihi.






Kakak Cie yang Perak tu suruh tambah lagi 2 kilo daging tetel dia nak buat asam pedas. Pagi tadi kawan Cie terus la hantar ke rumah Kak Long. Dah la takde charge delivery. Semoga murah rezeki kawan Cie tu. Kak Long cakap daging elok, tulang pun banyak isi. Memang puas hati beli dari dia.

Cie beli daging tu nak mintak Kak Long buat rendang hitam. Rendang Kak Long terpaling sedap. Tulang tu plan nak buat sup tulang je. Otak tu buat masak tempoyak. Sedap lama tak makan.

Tahun ni tak semua balik pun. Yang di Penang, Terengganu dan Pekan tak balik. Kami jela yang ada. Di kampung Kak Long duduk rumah ayah, Kak Ngah duduk rumah dia dekat je dari rumah ayah tu. Cie duduk taman di Lipis. Kiranya kami 3 beradik jela duduk di daerah Lipis ni. Yang dari Bentong akan balik raya pertama, yang dari Perak akan balik hari Sabtu.

Tu yang macam-macam beli persiapan untuk masak-masak nanti di kampung. Uncle Gedek dan kak Rawiwa cakap bukan kampung kan. Hihi. Kira kampung la tu walaupun dekat je 30 minit sampai la.


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.