Setakat ni rasa macam takde yang sama lagi. Sayur tu ada la sama kot. Menu utama tu jela masakan yang berbeza. Setakat ni belum masak keli, daging je kot rasanya. Nanti la baki beberapa hari lagi ni boleh la cari daging dan keli.
Umtuk menu 22 Ramadan ni Cie masak ayam, ikan, sayur dan ada juga menu buah. Protein selalunya 2 hidangan la. Tapi tengok keadaan juga la kan.
Ayam tumis tempoyak cendawan. Kalau ada daun kunyit baru sedap. Guna jela apa yang ada. Campur la cendawan tiram sikit dalam tu. Blend bawang besar, cili padi, tempoyak, serbuk kunyit dan sedikit air. Lepas tu tumis je. Ayam tu Cie goreng dulu.
Ikan selayang rebus goreng tu kegemaran kakak Raisha dan babahnya. Cie goreng letak bawang dan cili padi. Weekend baru ni beli 4 ekor dan Cie terus rebus je dengan garam kasar, gula melaka, asam keping. Simpan je dalam freezer. Bila nak goreng baru keluarkan.
Kacang buncis goreng dengan kicap. Tumis letak bawang putih dan bawang holland. Cie dan Faiz je makan tu. Anak-anak tak makan. Memilih sayur budak 2 ketul tu.
Buah epal merah dan jambu batu selagi ada stok. Epal tu seplastik memang dah siap bungkus. Jadi beli jela sebungkus tu. Jambu beli sebiji je. Semalam potong separuh. Hari ni sesuku je. Nanti nak makan baru letak asam boi.
Tu jela menu hari ni. Faiz balik kerja tadi dia belikan sushi untuk anak-anak dia. Ada juga karipap.




5 Ulasan
Teringin pula sushi..weekend boleh hunting lah
BalasPadamsalam ramadhan cikpuan roziah ittewww., aminn
BalasPadamSedapnya
BalasPadamPosting hari ni pun uncle tunjuk 'juadah' berbuka uncle....
BalasPadamAlhamdulillah rezeki berbuka puasa.Rezeki itu tak pernah putus atas kehendakn=Nya
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.