Balik kerja macam biasa la settle solat apa semua terus masuk dapur untuk masak. Cie memang jenis masak awal dan dinner pun awal selepas Maghrib. Awal masak boleh berehat selepas masak.
Cie masak ayam masak lemak. Letak daun kunyit dan lengkuas hiris. Cie tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Titik serai dan hiris bawang besar. Entahla masuk je bahan apa yang ada.
Ikan rebus Cie goreng dengan bawang besar. Tak letak cili dah. Ada masa hiris cili jugak. Rebus sebiji telur masin. Cukup la menu protein ni.
Sayur pulak peria goreng taucu dan timun. Teringin pulak nak makan peria taucu. Ada juga ulam kerdas dan sambal tempoyak.
Buah anggur seedless. Sedap juga tak masam. Cie dan adik Rania je suka makan buah. Kakak Raisha dan babahnya tak suka sangat.
Lepas siap masak kononnya nak berjalan atas walking pad tapi malas la pulak. Rasa macam penat sangat bila cuaca panas terik ni. Cie pun vacuum la 1 rumah.
Rumah ni ada 3 orang perempuan memang banyak la rambut atas lantai. Tak syok pulak nak tengok jadinya sedut jela pakai vacuum tu. Settle vacuum 1 rumah dan sekali bilik. Rumah kecik ni senang je nak kemas.
Siap vacuum baru la mandi. Sekali tengok jam eh banyak lagi masa ni. Menulis entri ni jela dah takde apa nak buat dah. Sesambil nak blogwalking juga.


1 Ulasan
Ye la sekurang-kurangnya boleh banyakkan post kat blog.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.