Bayaran untuk join rombongan ni sebanyak RM200 termasuk bayaran hotel dan makan minum serta dapat sehelai baju. Ada la juga bawa duit belanja tapi tak guna pun takde apa yang adik Rania beli.
![]() |
| Bas baru sampai sibuk la nak snap gambar tu jadi gitu gambarnya |
22 Oktober tu seawal 5.30 pagi dah kena berkumpul kat sekolah. Kami tak tunggu pun sampai bas gerak. Mereka solat dulu kat sekolah sebelum gerak. Kami balik rumah jela. Selepas solat subuh adik Rania whatsapp dah gerak.
Mereka menginap di Tune Hotel Danga Bay. Antara tempat yang mereka lawati:
- Stadium JDT
- Danga Park
- Zoo Johor
- Johor Premium Outlet
Tu jela tempat lawatannya. Yang JPO tu selingan je. Dalam tentatif takde pun. Cikgu-cikgu nak singgah shopping agaknya.
![]() |
| Ni jela gambar adik Rania share |
Best la adik Rania ada pengalaman melawat stadium JDT. Tengok gambar pun best dah stadium tu. Apetah lagi tengok depan mata.
Lewat juga sampai semula ke sekolah, masuk 12 pagi 24 Oktober dah pun. Cie sampai tertidur dah pun tunggu adik Rania sampai. Cikgu share live location so boleh la agak waktu sampai. Jem sikit masa kat highway dari Johor ke KL dan dari KL ke Bentong jem juga.
Ada yang tanya hari tu kan adik Rania dah selesai UASA ke ada lawatan ni. Belum UASA pun lagi. Entahla kenapa sekolah adik Rania buat rombongan sebelum exam. Mungkin lepas exam nanti ada program lain pulak kot.











0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.