Pesta Pelita Raya Negeri Pahang ni dah mula sejak tahun 2025. Kira macam pertandingan la bagi setiap daerah. Lipis tak menang rasanya tahun lepas. 


So tahun ni pertandingan ni diteruskan lagi. Bermula sebelum raya hari tu penjurian. Rasanya belum ada pengumuman lagi daerah mana yang menang. Kalau malam meriah la nampak lampu pelita meriah je.

Selalu kami lalu je malam-malam takdela singgah bergambar. Raya pertama hari tu cadangnya nak jugak bergambar tapi panas sangat dan terlalu ramai orang. Malas la nak ootd kalau ramai orang. 

Kita dah la jenis selagi tak nampak cantik, selagi tak nampak kurus memang kena snap banyak kali. Mujur anak-anak dah besar rajin melayan ibu. Selepas balik dari open house kakak ipar kami terus pergi ke Pesta Pelita Raya tu. Takde orang pun so best la nak ber ootd.

Panas jugak tapi hentam jela. Sebelum geng majlis daerah tanggalkan semua deco tu. Taktau sampai bila mungkin dalam minggu depan mereka tanggalkan la kot. Sekarang ni masih mood raya.






Lepas la juga hajat nak bergambar kat situ. Takdela banyak sangat. Tapi boleh la buat koleksi ootd raya.