Takde tetamu dah pun. Cuma ada keluarga kakak ipar, abang ipar kedua, abang ipar ketiga dengan anak dan isterinya. Faiz ada 4 beradik je. Faiz yang keempat. Sorang je perempuan adik beradik Faiz.
Banyak juga menu nasi hujan panas, ayam masak merah, acar timun, lontong kuah lodeh, sambal tumis udang, spageti bolognese, tauhu bergedil, panipuri, kek batik. Cuma tak sempat makan panipuri dan kek batik je.
Bergambar dengan 2 orang cucu perempuan. Anak kepada anak saudara sulung Faiz. Belah Faiz 2 orang je cucu. Comel je pakai instant shawl. Anak saudara Faiz pulak ada 6 orang.
Kakak sulung Faiz ada 4 orang anak. Sorang je perempuan. Dia ada anak kembar yang ketiga dan keempat tu lelaki. Cucu 2 orang. Menantu 2 orang.
Abang kedua Faiz ada 2 orang anak sepasang lelaki dan perempuan. Abang ketiga Faiz ada sorang je anak perempuan. Faiz 2 anak perempuan. Adik beradik ramai lelaki, anak buah dan cucu ramai perempuan.
Kalau belah Cie ramai. Anak buah je ada 20+ semuanya. Cucu pulak 6 nak masuk 7 orang. Cie puk ramai adik beradik ada 8 orang. Kalau berkumpul semua dah macam kenduri la.
Siap makan borak-borak kejap kami pun gerak balik. Lepas kami tu ada kawan-kawan anak buah pulak nak datang. Ingatkan kami dah penutup majlis rupanya ada lagi yang lain.
Sempat juga singgah bergambar kat Pelita Raya Kuala Lipis. Next entri la Cie share gambar.




1 Ulasan
waahhh siap ada panipuri ye tp Cie x sempat merasa dah habis licin ye? ehehe
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.