Syawal dah hampir ke penghujung baru la berkesempatan nak selit cerita duit raya anak-anak. Peram dalam draft je hari tu. Waktu posting ni dibuat duit raya anak-anak dah dikira la. Cie bagi anak-anak kira sendiri je. Cie ambil gambar dulu sampul raya yang anak-anak dapat.
Duit raya kakak Raisha
Duit raya adik Rania
Untuk tahun ni adik Rania dapat lebih dari kakak Raisha. Lebih sebab dapat result UPKK hari tu. Sepupu dan makciknya bagi extra duit raya. Lepas tu kawan kelas pun ada juga bagi tu yang adik Rania dapat lebih dari kakak Raisha.
Biasanya duit raya ni Cie bagi la anak-anak certain amount kalau mereka ada nak beli apa-apa. Selalunya mereka taknak beli apa-apa. Guna duit kita la jugak nak beli apa-apa kan. Masuk akaun Tabung Haji jela akaun yang mereka ada. Akaun emas Public Gold pun ada cuma yang tu selalunya masuk duit lain.
Tahun ni baru plan nak buka akaun ASB untuk adik Rania. Kakak Raisha sejak kecil dah ada cuma jarang la masuk duit dalam tu. Tahun lepas baru perasan bila dapat statement. Terlupa dah pernah buat akaun untuk kakak Raisha masa dia baby. Konsisten masuk duit dalam Tabung Haji je.
Emas tengah murah ni ada jugak plan nak tukar gelang-gelang budak-budak ni dah tak muat nak pakai. Adik Rania punya siap putus dah baru je beberapa kali pakai masa darjah 4 kot. Boleh la tukar dan boleh tambah sikit duit raya tu.
Semua ni tengok keadaan nanti macam mana. Belum plan lagi apa nak buat dengan duit raya anak-anak. Selalunya simpan Tabung Haji je duit raya, saving lain kat SSPN tu buat auto debit je guna duit gaji. Tu jela saving untuk anak-anak setakat ni.

15 Ulasan
Duit raya Cuya guna untuk beli keperluan mcm skincare, seluar dan makanan. Alhamdulilah dah tua pon masih dpt duit raya hehe
BalasPadamduit raya my razeen, i dh simpan separuh dlm TH dan separuh utk dia guna beli apa2 yg dia nak, duit raya ariff dan zharfan memang i tak amik pun..diaorg guna utk keperluan sendiri sbb dh besar pun dua2 tu (ariff 17 dan zharfan 21 dah tahun ni)
BalasPadamBagus simpan duit dalam TH atau bank.
BalasPadambanyaknya duit raya dua2 anak Cie...Dania tahun ni dapat RM600 lebih...tapi akak bagi je kat dia..dia dah besar kan...memang pegang sendiri la...dia banyak kegunaan untuk belajar, every week akak akan bagi duit belanja dia jugak...
BalasPadamCantik-cantik sampul duit raya tu..
BalasPadamBagus menyimpan dari sekarang.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki anak2 kan. Nice la sampul2 raya tu =D
BalasPadamSaya ajar anak2 buat macam ni: 1/5 duit raya keluarkan untuk sedekah, 1/5 untuk belanja beli apa yg dieorg suka dan 3/5 untuk simpan.
BalasPadamBagus ni didik anak menabung bila ada duit.
BalasPadamAlhamdulillah... Rezeki anak-anak. Bagus ajar anak menabung dari kecil.
BalasPadambagus bila parents ada inisiatif buat tabung simpanan anak2 :D
BalasPadamAlhamdulillah...anak² Linda pun simpan dekat TH dengan ASB je.. tak buat pun sspn lagi.
BalasPadamSelesai dah simpan dalam TH ye.. Wafi punya duit raya akak tunggu dia buka sampul sendiri lah nanti. Kakak abang masing² simpan TH sendiri.
BalasPadamSama, duit raya anak saya kemarin tuh saya belikan gold bar 1 gr, lalu setengah lagi saya kasih mereka uangnya utk jajan . Memang selalunya saya biasakan anak2 utk letak setengah dari uang yg didapat utk investasi. Krn mereka msh underage, JD cuma bisa beli gold bar atau masuk dalam tabung emas di sini. Biar saat besar mereka terbiasa mindsetnya utk selalu invest
BalasPadamAlhamdulillah, sikit2 lama2 jadi bukit. Esok2 nak sambung studi in Shaa Allah senang..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.