Dari minggu lepas dah nak buat ayam masak lemak tapi kehabisan santan. Biasa Cie memang ada standby santan KARA yang kecik tu tapi dah habis. Baru plan nak beli kat kedai Eco je murah sikit sekali ternampak isu pasal santan tu di Facebook dan Threads. Ada bendasing dalam santan tu. Terus tak jadi beli.
Dulu Cie pakai Ayam Brand. Sejak KARA ada yang kecik tu Cie pun tukar KARA. Rupanya sekarang Ayam Brand dah ada yang kecik tu semalam Cie beli barang kat BS terus ambil 3 pek. Sekali masak je yang kecik ni. Masak tak banyak setakat 6-7 ketul ayam je.
Ayam masak lemak Cie letak daun kesum dan kentang. Sedap aroma letak daun kesum. Kakak Cie yang ajar. Kalau ada daun kesum je mesti letak.
Cie buat jugak telur dadar. Ada lagi beberapa biji telur yang beli 2 minggu ke 3 minggu lepas. Dah bercampur kuning dan putih bila dipecahkan. Sesuai jadi telur dadar jela tu. Ikan masin pun Cie goreng jugak 1 ekor. Letak jela atas telur, tak membazir pinggan.
Sayur pulak Cie masak siew pak choy dan taugeh goreng. Tumis bawang putih dan bawang holland je. Lepas tu masuk perencah cukup rasa.
Ni la rupa mangga pisang tu. Ada yang kata tak pernah dengar kan? Cie pun pertama kali jugak jumpa, pertama kali rasa. Rasanya macam ada la sikit rasa pisang. Memang manis sangat-sangat. Dah terlalu masak ni.


12 Ulasan
Ayam Brand ni dari Singapore kan?
BalasPadamhari ni MZ masak2 utk dinner/iftar...menu simple2 jer..ayam masak merah, sup sayur dan buat udg+sotong masak kunyit. hari ni jer sempat masak sbb tak de kelas..then selasa-jumaat tak leh masak2 sbb kelas full/ada meeting
BalasPadamAda idea lah utk menu ayam hari ini 😄. Tadinya nak buat ayam bakar, liat ayam masak lemak jadi teringin juga.
BalasPadamOh macam itu bentuk mangga pisang 😍😍. Harap2 june saat saya di KL masih ada lah mangga ini, teringin coba 😄
br dgr buat masak lemak letak daun kesum, selalu letak daun kunyit je
BalasPadamsedapnya...menu simple..telur dadar kat rumah kak SA is a must...
BalasPadamSy tak tgk ayam masak lemak. Sy tgk ikan masin tu..Aduhai..Mkn dgn nasi panas letak kicap pun ngam tu =D
BalasPadamWahhh, ayam brand pun dah keluarkan pek kecik cam ni ya. Baguslah, kalau masak tak guna santan banyak, boleh guna yg ni, pakai terus habiskan. Nampak sedap menu dinner Cie, mesti anak2 puasa makan masakan mamanya.
BalasPadampertama kali dgr mangga pisang...
BalasPadamdari thailand ke tu?
Santan Kara akk biasa beli yg segi 3 tu. Pernah juga beli yang kotak segi 4 tapi smaller size. Jumpa kat AEON.. pasaraya biasa tak jumpa.
BalasPadamLaa... ada pulak Mangga Pisang. Macam² nama.
Alamak KARA tu ada isu ke? Terima kasih share, saya pun suka pakai santan tu sbb saiz dis kecik2, senang nak sukat.
BalasPadamTerpaksa pakai santan lainla..
Guna pek kecik ini mudah kan.. Sekali masak ja..
BalasPadamSha dah lama tak beli KARA.. ada isu eh..
Guna pek kecik ini mudah kan.. Sekali masak ja..
BalasPadamSha dah lama tak beli KARA.. ada isu eh..
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.