Buat secara tertutup jela takde jemput staf hospital yang lain. Memandangkan amanat PMX cakap kena berjimat cermat walaupun takde menggunakan duit jabatan pun. Kami memang setiap bulan buat collection duit. Wajib bayar. Untuk buat makan-makan jela selalunya guna duit tu. Beli hadiah kahwin atau bertukar tu jela.
Tahun sebelum ni kami jemput semua staf hospital. Takdela ramai sangat dalam 200 kot rasanya yang selalu datang jamuan kami.
Mana staf yang lalu depan jabatan kami pelawa jela. Ada yang segan nak makan, ada yang jamah je. Memang buat secara tertutup je untuk jabatan sendiri je.
Staf Cie share kat whatsapp status. Bila orang dah tanya kita pun segan la tak pelawa. Ada doktor tu dari unit mana entah dia cakap ada orang cakap sajian buat jamuan. Adeh kitonyo buat untuk kita je. Dah datang pelawa jela makan. Masa tu kami dah siap kami ada sikit lagi baki makanan.
Menu pun simple je hasil undian ramai nak laksa lemak. Cie suggest laksa johor. Tapi takde undian cuma 3 orang je termasuk Cie. Cie tak suka sangat laksa lemak. Jadi Cie mintak staf buat 2 jenis laksa dan laksam. Laksam yang habis dulu.
Menu lain ada ketupat palas, sambal sardin, rendang ayam, rendang daging, pulut kuning, tauhu bergedil, tako, buah kundang, air sunquick soda laici. Kuih raya Cie yang bawak. Staf request nak tart cadbury hari tu sekejap je habis sebekas.
Kek birthday beli dari Bakers Cottage 2 biji. Birthday Januari hingga Jun ada 8 orang. Sorang je tak sempat bergambar. Masa majlis dah bermula dia keluar ambil anak sekolah. Jadi bergambar jela mana yang ada.
Lepas sesi bergambar potong kek, sesi bergambar ramai-ramai pulak. Ada yang malas nak tukar baju raya sebab dah penat berpeluh katanya gotong royong memasak. Ada beberapa orang jela yang tukar baju.
Bos pun bagi pengumuman dalam group tak diwajibkan baju raya ikut keselesaan katanya. Kalau Cie yang buat pengumuman tu memang cakap semua kena pakai baju raya. Baru la cantik nak bergambar.
Selesai dah jamuan raya jabatan. Jamuan raya hospital pulak 13 April dibuat waktu malam. Memang malas la nak datang malam. Jabatan Cie kena masak nasi. Lepas tu kena jaga booth menu utama.








3 Ulasan
200 tu ramaiii...
BalasPadambest nyaaa macam2 menu ada
Sekarang macam banyak orang buat atau jual laksa lemak. Saya tak pernah makan. Laksa johor lagi sedap. Laksam pun okay. Banyak tu, makanan. Alhamdulillah. Seronok la, staff yang diraikan harijadi.
BalasPadamSesekali sementara boleh baut ni elok la buat kan..akak nyer majlis terlajak raya minggu depan 24hb
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.