Jamuan Raya dan Sambutan Hari Lahir Januari-Jun 2026

Selasa minggu lepas, 7 April 2026 jabatan Cie mengadakan jamuan hari raya sekali dengan sambutan birthday Januari - Jun untuk untuk tahun ni. 

Buat secara tertutup jela takde jemput staf hospital yang lain. Memandangkan amanat PMX cakap kena berjimat cermat walaupun takde menggunakan duit jabatan pun. Kami memang setiap bulan buat collection duit. Wajib bayar. Untuk buat makan-makan jela selalunya guna duit tu. Beli hadiah kahwin atau bertukar tu jela.

Tahun sebelum ni kami jemput semua staf hospital. Takdela ramai sangat dalam 200 kot rasanya yang selalu datang jamuan kami. 

Mana staf yang lalu depan jabatan kami pelawa jela. Ada yang segan nak makan, ada yang jamah je. Memang buat secara tertutup je untuk jabatan sendiri je.

Staf Cie share kat whatsapp status. Bila orang dah tanya kita pun segan la tak pelawa. Ada doktor tu dari unit mana entah dia cakap ada orang cakap sajian buat jamuan. Adeh kitonyo buat untuk kita je. Dah datang pelawa jela makan. Masa tu kami dah siap kami ada sikit lagi baki makanan.






Menu pun simple je hasil undian ramai nak laksa lemak. Cie suggest laksa johor. Tapi takde undian cuma 3 orang je termasuk Cie. Cie tak suka sangat laksa lemak. Jadi Cie mintak staf buat 2 jenis laksa dan laksam. Laksam yang habis dulu. 

Menu lain ada ketupat palas, sambal sardin, rendang ayam, rendang daging, pulut kuning, tauhu bergedil, tako, buah kundang, air sunquick soda laici. Kuih raya Cie yang bawak. Staf request nak tart cadbury hari tu sekejap je habis sebekas.

Kek birthday beli dari Bakers Cottage 2 biji. Birthday Januari hingga Jun ada 8 orang. Sorang je tak sempat bergambar. Masa majlis dah bermula dia keluar ambil anak sekolah. Jadi bergambar jela mana yang ada.



Lepas sesi bergambar potong kek, sesi bergambar ramai-ramai pulak. Ada yang malas nak tukar baju raya sebab dah penat berpeluh katanya gotong royong memasak. Ada beberapa orang jela yang tukar baju. 



Bos pun bagi pengumuman dalam group tak diwajibkan baju raya ikut keselesaan katanya. Kalau Cie yang buat pengumuman tu memang cakap semua kena pakai baju raya. Baru la cantik nak bergambar.

Selesai dah jamuan raya jabatan. Jamuan raya hospital pulak 13 April dibuat waktu malam. Memang malas la nak datang malam. Jabatan Cie kena masak nasi. Lepas tu kena jaga booth menu utama. 


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. 200 tu ramaiii...
    best nyaaa macam2 menu ada

    BalasPadam
  2. Sekarang macam banyak orang buat atau jual laksa lemak. Saya tak pernah makan. Laksa johor lagi sedap. Laksam pun okay. Banyak tu, makanan. Alhamdulillah. Seronok la, staff yang diraikan harijadi.

    BalasPadam
  3. Sesekali sementara boleh baut ni elok la buat kan..akak nyer majlis terlajak raya minggu depan 24hb

    BalasPadam
  4. Kita buat tertutup, tapi kalau ada orang datang, kena la pelawa juga..hihihi

    BalasPadam
  5. Wah ramai,tak mahu tunjuk muka ..tak apa yang penting tetap update blog kan..

    BalasPadam
  6. Eh laksam saya sukaaaa lah kak. Waktu itu coba di KL, di restoran Two Sons KLCC. Sejak itu memang sukaaaa. 😍😍😍. Teringin pula nak coba di kota asalnya.

    BalasPadam
  7. meriah tu acara mkn2 dan menu food pun byk!!

    BalasPadam
  8. Bestnya dia dah buat jamuan raya. Kita tak ada jambatan, buat sekali arung, InsyaAllah esok.

    BalasPadam
  9. Meriah tu Cie 👍🏻
    Ada lagi peringkat hospital ye... Ingatkan buat ikut jabatan masing² je

    BalasPadam
  10. wah meriah. sedap menu . eh bila cie sebut laksa johor teringin la pula. lama tak makan laksa johor

    BalasPadam
  11. Wah!! Meriahnya bila buat Jamuan raya sekali sambutan hari lahir.. Sekali jalan ja ya..

    BalasPadam
  12. Wah... meriahnya jamuan raya. Macam-macam makanan ada.

    BalasPadam
  13. Laksa lemak Pahang ya memang tidak pernah rasa.
    Saya pula tahun ini tidak jumpa laksa lemak Melaka punya cara pada jamuan Aidilfitri padahal saya suka laksa lemak Melaka.

    BalasPadam
  14. Laksa lemak tu macam laksa Terengganu eh.. pernah makan, sedap.

    BalasPadam
  15. Kalau gi jamuan raya hospital tu mesti lagi best, banyak makanan. Tapi tulaa kenapa malam haha. Kalau malam minggu okaylaa

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.