Menu Dinner 14 April 2026

Macam biasa sekarang ni tepat-tepat 4.30 petang memang terus balik. Lagipun tadi ada pengujian genset mula 4-5 petang jadinya aircond memang shutdown so kepanasan dalam office tu yang laju jela balik awal.

Sampai rumah solat Asar dulu baru masuk dapur. Kena masak cepat jugak pukul 6 nak keluar rumah pulak nak ambil adik Rania ada traning sukan kat sekolah. Faiz takde ada program klinik dia buat brisk walk petang tadi.


Cie masak ayam goreng kicap bersama kentang. Kegemaran anak-anak la ayam goreng kicap dengan kentang ni. Kentang tu gaul kunyit jugak dan goreng garing sama macam ayam tu. 

Dari minggu lepas plan nak buat kerabu ikan bilis, baru hari ni Cie buat. Sedapnya kerabu ikan bilis lama tak buat. Nak makan baru gaul ikan bilis tu. Bahan kerabu tu ada bawang holland, serai, tomato ceri, cili padi, bunga kantan, sos ikan, garam, gula, perah jus lemon sikit. Cukup rasa manis, masin, masam.

Sayur pulak celur bendi je nak makan dengan budu. Budu tu Cie campur cili padi, bawang dan tomato ceri. Perah limau sikit. Ada ulam timun juga.

Weekend hari tu ada beli anggur. Lupa nak makan dah macam lembik sikit dah. Terlalu masak kot.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Alhamdulillah..sentiasa ada rezeki..makanan dan minuman..

    BalasPadam
  2. Bendi cicah dengan budu memang sedaaap lah 😄😍. Rindu saya makan itu. Pernah buat sekali sos budu, tp tak bisa sama dengan rasa di sana.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.