Sampai rumah solat Asar dulu baru masuk dapur. Kena masak cepat jugak pukul 6 nak keluar rumah pulak nak ambil adik Rania ada traning sukan kat sekolah. Faiz takde ada program klinik dia buat brisk walk petang tadi.
Cie masak ayam goreng kicap bersama kentang. Kegemaran anak-anak la ayam goreng kicap dengan kentang ni. Kentang tu gaul kunyit jugak dan goreng garing sama macam ayam tu.
Dari minggu lepas plan nak buat kerabu ikan bilis, baru hari ni Cie buat. Sedapnya kerabu ikan bilis lama tak buat. Nak makan baru gaul ikan bilis tu. Bahan kerabu tu ada bawang holland, serai, tomato ceri, cili padi, bunga kantan, sos ikan, garam, gula, perah jus lemon sikit. Cukup rasa manis, masin, masam.
Sayur pulak celur bendi je nak makan dengan budu. Budu tu Cie campur cili padi, bawang dan tomato ceri. Perah limau sikit. Ada ulam timun juga.
Weekend hari tu ada beli anggur. Lupa nak makan dah macam lembik sikit dah. Terlalu masak kot.


15 Ulasan
Alhamdulillah..sentiasa ada rezeki..makanan dan minuman..
BalasPadamBendi cicah dengan budu memang sedaaap lah 😄😍. Rindu saya makan itu. Pernah buat sekali sos budu, tp tak bisa sama dengan rasa di sana.
BalasPadamSalam 26 syawal utk cie..dh ujung2 syawal ni..ari ni MZ puasa ganti hari ke6..esok last day insya Allah..moga2 lancar lah urusan puasa MZ ni ;)
BalasPadamAyam goreng kicap, semua suka. Lagi² ada ulam dan budu. Sedap! 😋
BalasPadamBendi tu memang sedap celur macam tu ja.. Lama pula tak beli bendi..
BalasPadamSedapnya kerabu ikan bilis!
BalasPadamsedap bendi tu, lama tak ulam bendi
BalasPadamNak buat lah nanti kerabu ikan bilis tu. Thanks for sharing. Yg penting kena letak cili, bunga kantan, gula, asam, bwng. Ok noted.
BalasPadamBendi cicah budu, sedap juga. Lama tak makan.
BalasPadamBaru minggu lepas buat ayam kicap letak kacang pis.
BalasPadamMeriah lauk Cie hari itu.
Sedap bendi celur... akak tak berapa pandai makan budu, biasa sambal belacan je lah.
BalasPadamSedap bendi celur... akak tak berapa pandai makan budu, biasa sambal belacan je lah.
BalasPadamOo kentang tu gaul kunyit jugak ye. Biasa goreng kosong gitu je sbb nnti nk kena humban dlm kicap jgk hehe
BalasPadamSedapnya kerabu ikan bilis...
BalasPadambudu tu ada satu kedai je jual kat sini. Nak pegi pulak amik masa kadang 40mins. Sedapnyaa budu cecah dengan bendi celur...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.