Menu Dinner 14 April 2026

Macam biasa sekarang ni tepat-tepat 4.30 petang memang terus balik. Lagipun tadi ada pengujian genset mula 4-5 petang jadinya aircond memang shutdown so kepanasan dalam office tu yang laju jela balik awal.

Sampai rumah solat Asar dulu baru masuk dapur. Kena masak cepat jugak pukul 6 nak keluar rumah pulak nak ambil adik Rania ada traning sukan kat sekolah. Faiz takde ada program klinik dia buat brisk walk petang tadi.


Cie masak ayam goreng kicap bersama kentang. Kegemaran anak-anak la ayam goreng kicap dengan kentang ni. Kentang tu gaul kunyit jugak dan goreng garing sama macam ayam tu. 

Dari minggu lepas plan nak buat kerabu ikan bilis, baru hari ni Cie buat. Sedapnya kerabu ikan bilis lama tak buat. Nak makan baru gaul ikan bilis tu. Bahan kerabu tu ada bawang holland, serai, tomato ceri, cili padi, bunga kantan, sos ikan, garam, gula, perah jus lemon sikit. Cukup rasa manis, masin, masam.

Sayur pulak celur bendi je nak makan dengan budu. Budu tu Cie campur cili padi, bawang dan tomato ceri. Perah limau sikit. Ada ulam timun juga.

Weekend hari tu ada beli anggur. Lupa nak makan dah macam lembik sikit dah. Terlalu masak kot.


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Alhamdulillah..sentiasa ada rezeki..makanan dan minuman..

    BalasPadam
  2. Bendi cicah dengan budu memang sedaaap lah 😄😍. Rindu saya makan itu. Pernah buat sekali sos budu, tp tak bisa sama dengan rasa di sana.

    BalasPadam
  3. Salam 26 syawal utk cie..dh ujung2 syawal ni..ari ni MZ puasa ganti hari ke6..esok last day insya Allah..moga2 lancar lah urusan puasa MZ ni ;)

    BalasPadam
  4. Ayam goreng kicap, semua suka. Lagi² ada ulam dan budu. Sedap! 😋

    BalasPadam
  5. Bendi tu memang sedap celur macam tu ja.. Lama pula tak beli bendi..

    BalasPadam
  6. sedap bendi tu, lama tak ulam bendi

    BalasPadam
  7. Nak buat lah nanti kerabu ikan bilis tu. Thanks for sharing. Yg penting kena letak cili, bunga kantan, gula, asam, bwng. Ok noted.

    BalasPadam
  8. Bendi cicah budu, sedap juga. Lama tak makan.

    BalasPadam
  9. Baru minggu lepas buat ayam kicap letak kacang pis.
    Meriah lauk Cie hari itu.

    BalasPadam
  10. Sedap bendi celur... akak tak berapa pandai makan budu, biasa sambal belacan je lah.

    BalasPadam
  11. Sedap bendi celur... akak tak berapa pandai makan budu, biasa sambal belacan je lah.

    BalasPadam
  12. Oo kentang tu gaul kunyit jugak ye. Biasa goreng kosong gitu je sbb nnti nk kena humban dlm kicap jgk hehe

    BalasPadam
  13. budu tu ada satu kedai je jual kat sini. Nak pegi pulak amik masa kadang 40mins. Sedapnyaa budu cecah dengan bendi celur...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.