Menu Dinner 17 April 2026

Semalam menu western, hari ni menu nasi goreng jela. Bahaya menu nasi goreng ni makan bertambah. Kalau menu nasi putih baru la tak bertambah. 


Nasi goreng simple je bahannya. Bawang putih, bawang besar, ikan bilis, cili padi. Ada fish ball lebihan buat mi rebus hari tu habiskan jela terus masuk dalam nasi goreng. Telur pun masuk je sekali. Takde sayur dalam nasi goreng.

Ayam Ramly tu pulak masuk je dalam air fryer. Tinggg siap goreng. Senang kerja tak perlu nak gaul tepung dan goreng dalam minyak dah. Buat yang mudah-mudah je.

Dalam nasi takde sayur jadinya potong timun dan salad jela buat ulam. Kena ada sayur juga dalam setiap hidangan. Tak lengkap kalau takde sayur.

Cili potong dan keropok goreng pun wajib ada kalau menu bergoreng. Kakak Raisha goreng keropok tadi. Setakat ni keropok jela dia pandai goreng dan masak nasi. Menu lain dia tak berani takut meletup la apa la. 

Buah harumanis tu Faiz beli taktau la dari mana dia beli. Banyak juga. Semuanya kecil-kecil. Baru hari ni boleh makan 2 biji. Tak sure gred apa. Kalau orang tanya rasa apa? Rasa mangga la. Hahaha. Cie tak pandai describe rasa bagi Cie semua mangga sama je rasa tak kira la jenis apa pun.


Ni jela menu dinner malam ni. Lepas Maghrib tadi terus makan. Memang kami makan malam awal. Selalunya sebelum 8 malam dah siap makan. Selepas 8 malam Cie tak makan dah. Buat IF kiranya dah stop eating window. Hari kerja jela buat IF. Hari cuti jarang IF.

Esok weekend takde ke mana juga adik Rania busy prepare untuk penutup sukan Ahad ni. Hari-hari la ada latihan kat sekolah. Muka pun dah hitam legam dah. Masuk 1 acara je lari dalam guni dapat nombor 3. Settle dah acara dia cuma perbarisan jela Ahad nanti.

Selamat berhujung minggu semua rakan-rakan blogger. Biasa hujung minggu sepi sikit blog ramai yang busy.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Rasa manis leting tak??? Orang kata kalau betul harum manis gred AA punya, manis leting...kikiki

    BalasPadam
  2. Dinner kita malam ni sambal Sardin jer.... kemalasan nak memasak...

    BalasPadam
  3. Betul lah tu... rasa mangga 😁
    Weekend semua tak sempat mengadap blog.. akak kalau weekend takde apa.. memang tulis blog dan post banyak² juga BW.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.