Menu Dinner 17 April 2026

Semalam menu western, hari ni menu nasi goreng jela. Bahaya menu nasi goreng ni makan bertambah. Kalau menu nasi putih baru la tak bertambah. 


Nasi goreng simple je bahannya. Bawang putih, bawang besar, ikan bilis, cili padi. Ada fish ball lebihan buat mi rebus hari tu habiskan jela terus masuk dalam nasi goreng. Telur pun masuk je sekali. Takde sayur dalam nasi goreng.

Ayam Ramly tu pulak masuk je dalam air fryer. Tinggg siap goreng. Senang kerja tak perlu nak gaul tepung dan goreng dalam minyak dah. Buat yang mudah-mudah je.

Dalam nasi takde sayur jadinya potong timun dan salad jela buat ulam. Kena ada sayur juga dalam setiap hidangan. Tak lengkap kalau takde sayur.

Cili potong dan keropok goreng pun wajib ada kalau menu bergoreng. Kakak Raisha goreng keropok tadi. Setakat ni keropok jela dia pandai goreng dan masak nasi. Menu lain dia tak berani takut meletup la apa la. 

Buah harumanis tu Faiz beli taktau la dari mana dia beli. Banyak juga. Semuanya kecil-kecil. Baru hari ni boleh makan 2 biji. Tak sure gred apa. Kalau orang tanya rasa apa? Rasa mangga la. Hahaha. Cie tak pandai describe rasa bagi Cie semua mangga sama je rasa tak kira la jenis apa pun.


Ni jela menu dinner malam ni. Lepas Maghrib tadi terus makan. Memang kami makan malam awal. Selalunya sebelum 8 malam dah siap makan. Selepas 8 malam Cie tak makan dah. Buat IF kiranya dah stop eating window. Hari kerja jela buat IF. Hari cuti jarang IF.

Esok weekend takde ke mana juga adik Rania busy prepare untuk penutup sukan Ahad ni. Hari-hari la ada latihan kat sekolah. Muka pun dah hitam legam dah. Masuk 1 acara je lari dalam guni dapat nombor 3. Settle dah acara dia cuma perbarisan jela Ahad nanti.

Selamat berhujung minggu semua rakan-rakan blogger. Biasa hujung minggu sepi sikit blog ramai yang busy.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Rasa manis leting tak??? Orang kata kalau betul harum manis gred AA punya, manis leting...kikiki

    BalasPadam
  2. Dinner kita malam ni sambal Sardin jer.... kemalasan nak memasak...

    BalasPadam
  3. Betul lah tu... rasa mangga 😁
    Weekend semua tak sempat mengadap blog.. akak kalau weekend takde apa.. memang tulis blog dan post banyak² juga BW.

    BalasPadam
  4. Rajin tu sbb ada ulam bagai. Sy tgh mood M.

    BalasPadam
  5. Harum manis, namanya pon manis confirm manis heheh
    Manis dia best sangattt

    BalasPadam
  6. Saya kalau potong mangga, pasti saya sisakan sedikit kulit2nya. 😄😄..itu yg buat macam crunchy sikit. Tapi kalau suami yg minta kupaskan, habis bersih tanpa kulit hahahahah

    BalasPadam
  7. Nasi goreng ini senang tidak perlu fikir nak masak lauk asing-asing. Banyak juga makanan sampingan untuk nasi goreng

    BalasPadam
  8. terliur harumanis! lom ada lg rezeki nak mkn buah ni...tapi semlm MZ mkn durian laaa...my colleague belanja mkn ramai2 masa exco meeting..MZ mkn 4 ulas!

    BalasPadam
  9. Sedapnyaaa harum manehhh. Lama betul tak makan...

    BalasPadam
  10. Kalau masak nasi goreng je memang laju habis. Tambah pulak ada ayam ramly tuu

    BalasPadam
  11. Stok harumanis akak dh habis dah...tu yg geram tgok buah mangga besar2 kat Kuantan hari tu...terus beli 4kg RM20..murah..ikut hati nak singgah beli lagi masa nak balik..tp adabyg manis ada yang tawar dan ada yg masam...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.