Menu Dinner 24 April 2026: Pasar Malam Dan Tealive

Isnin hingga Khamis kita dah masak menu dinner, Jumaat ni tiba-tiba macam malas nak masak. Padahal dah plan nak masak ikan baung. Balik kerja tadi rasa malas nak masak terus ajak husband pergi pasar malam je. Lama tak ke pasar malam.


Teringin nak makan mi goreng kuali kat pasar malam tu. Mi kosong gitu je tapi sedap. Takde haiwan dalam mi tu. Ada la fish cake sikit, sawi pun boleh kira berapa potong je. Tu jela. Ada cili jeruk. RM5 sebungkus. Beli 2 bungkus je.

Selain tu beli jugak keropok lekor nipis, popia crabstick cheese dan rangka ayam. Tak boleh beli banyak-banyak nanti tak habis pun. Makan tu pun dah kenyang.

Jualan sayuran kampung pun ada. Beli pucuk paku seikat RM3. Beli jugak kerepek pisang. Nampak ada siput sedut tapi tu la malas nak buang hujung tu susah. Mak dulu ketuk pisau guna lesung batu. Kena rendam semalaman dalam besen dulu. Malas la leceh. Jadinya tak beli walaupun teringin nak makan siput sedut masak lemak.

Balik kerja tadi si adik Rania request nak Tealive. Singgah la kejap pick up. Cie beli bang bang milk tea untuk anak-anak dan Cie punya mango tea. Taknak dah beli coffee, sebelum masuk kerja dah beli iced caramel latte 7E. Banyak sangat kopi kang cerah biji mata.


Nak kurus macam mana la hari-hari terlebih kalori ni. Hahaha. Takpela kita slow and steady je. Lama-lama nanti turun la berat tu kan. 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Sedap siput sedut masak lemak. Akak pernah buat sekali tapi rasa cam dah taubat. Ngeri bila siput tu merayap walau dah buang ekor dia. Tutup dah bekas pakai tudung periuk tapi siput tu merayap bawah tudung periuk pulak. Ngeri nengoknya.

    BalasPadam
  2. dlu2 tealive fav ankdara...sbb die suka milktea..tp lama dh die tkminum

    BalasPadam
  3. lama pulak tak minum tealive ni. selalu zus.
    tapi zus pun dah jarang minum, kita pilih air kosong je ahaksss

    BalasPadam
  4. Sama juga kisah dengan KSarie yang asyik mengumpul kalori dengan jayanya🥲Masak lemak siput sedut memang sedap tapi memang akan beli dekat kedai sebab tak reti hendak uruskan siputnya. Malas pun iya juga

    BalasPadam
  5. MZ pun tak restart lg diet ni adoyai

    BalasPadam
  6. Teringat kes siput sedut naik sampai dinding rumah mak sebab lupa tutup besen 😂

    BalasPadam
  7. sy suka mi kosong mcm tu kalau ada hirisan timun dan telur mata👍👍👍

    BalasPadam
  8. Tergelak baca komen Faa di atas. Fresh betul siput sedutnya. Sampai boleh panjat dinding rumah. 😂

    BalasPadam
  9. Mie goreng polos macam tuh, saya suka juga 🤭. Simple, tapi sedaaap kan.

    Siput sedut walau effort nak makan, tp memang sedap lah 😄😍. Apalagi kalau dibuat pedas.

    BalasPadam
  10. Bila tengok mi goreng Cie tu, terus teringat mi goreng bazar Ramadan.. huhuhu.. Lebih kurang gitulah kosong tak ada haiwan tapi sedap..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.