Teringin nak makan mi goreng kuali kat pasar malam tu. Mi kosong gitu je tapi sedap. Takde haiwan dalam mi tu. Ada la fish cake sikit, sawi pun boleh kira berapa potong je. Tu jela. Ada cili jeruk. RM5 sebungkus. Beli 2 bungkus je.
Selain tu beli jugak keropok lekor nipis, popia crabstick cheese dan rangka ayam. Tak boleh beli banyak-banyak nanti tak habis pun. Makan tu pun dah kenyang.
Jualan sayuran kampung pun ada. Beli pucuk paku seikat RM3. Beli jugak kerepek pisang. Nampak ada siput sedut tapi tu la malas nak buang hujung tu susah. Mak dulu ketuk pisau guna lesung batu. Kena rendam semalaman dalam besen dulu. Malas la leceh. Jadinya tak beli walaupun teringin nak makan siput sedut masak lemak.
Balik kerja tadi si adik Rania request nak Tealive. Singgah la kejap pick up. Cie beli bang bang milk tea untuk anak-anak dan Cie punya mango tea. Taknak dah beli coffee, sebelum masuk kerja dah beli iced caramel latte 7E. Banyak sangat kopi kang cerah biji mata.
Nak kurus macam mana la hari-hari terlebih kalori ni. Hahaha. Takpela kita slow and steady je. Lama-lama nanti turun la berat tu kan.



11 Ulasan
Sedap siput sedut masak lemak. Akak pernah buat sekali tapi rasa cam dah taubat. Ngeri bila siput tu merayap walau dah buang ekor dia. Tutup dah bekas pakai tudung periuk tapi siput tu merayap bawah tudung periuk pulak. Ngeri nengoknya.
BalasPadamdlu2 tealive fav ankdara...sbb die suka milktea..tp lama dh die tkminum
BalasPadamlama pulak tak minum tealive ni. selalu zus.
BalasPadamtapi zus pun dah jarang minum, kita pilih air kosong je ahaksss
Sama juga kisah dengan KSarie yang asyik mengumpul kalori dengan jayanya🥲Masak lemak siput sedut memang sedap tapi memang akan beli dekat kedai sebab tak reti hendak uruskan siputnya. Malas pun iya juga
BalasPadamMZ pun tak restart lg diet ni adoyai
BalasPadamTeringat kes siput sedut naik sampai dinding rumah mak sebab lupa tutup besen 😂
BalasPadamsy suka mi kosong mcm tu kalau ada hirisan timun dan telur mata👍👍👍
BalasPadamTergelak baca komen Faa di atas. Fresh betul siput sedutnya. Sampai boleh panjat dinding rumah. 😂
BalasPadamMie goreng polos macam tuh, saya suka juga 🤭. Simple, tapi sedaaap kan.
BalasPadamSiput sedut walau effort nak makan, tp memang sedap lah 😄😍. Apalagi kalau dibuat pedas.
Mee goreng tu nmpk sedap =D
BalasPadamBila tengok mi goreng Cie tu, terus teringat mi goreng bazar Ramadan.. huhuhu.. Lebih kurang gitulah kosong tak ada haiwan tapi sedap..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.