BookDoc Challenge : E-Medal Dan E-Certificate

Cie join Bookdoc ni sejak 2018. Bookdoc ni ada banyak fungsinya. Download je apps Bookdoc lepas tu korang boleh la register. Dalam tu ada macam-macam boleh la explore.


Kalau anggota KKM kami berdaftar under KOSPEN. KOSPEN bekerjasama dengan Bookdoc. Lupa dah cara daftar dulu macam mana. 

Kalau ada capai certain pencapaian akan dapat tukar kepada voucher. Cuma tu la jarang-jarang guna. Sejak tahun ni pakai Myperformance so kena kumpul aktiviti boleh masuk dalam tu. Antaranya boleh join cabaran dalam Bookdoc dan akan dapat e-medal dan e-certificate.

Selepas raya hari tu Cie buka Bookdoc tengok ada banyak cabaran virtual. Cie pun terus klik join je. Ada 5 cabaran yang Cie join. Ada 2 cabaran yang dah berakhir 30 April. Cie hanya dapat kumpul 50% je iaitu 75k steps. 


Masa tu belum join lagi Cabaran Sihat Itu Saya Antara JKN tu lagi. So macam memain jela kumpul steps setiap hari tu. Tak gigih sangat la sebab cabaran pun solo kan sorang-sorang je.



Bila dah start cabaran kumpulan tu baru la rasa teruja nak kumpul steps setiap hari. Dapat 75k steps dapat silver e-medal jela. Boleh jela asalkan ada pencapaian. Cie dah dapat e-medal tu boleh la masukkan dalam Myperformance nanti untuk sumbangan luar tugas rasmi tu. 

Cie dah join 18 challenge kat Bookdoc tu. Hanya ada 5 medal jela yang dapat setakat ni. Ada yang berjaya capai 100% steps, ada yang 50%. Pernah la dapat gold. 


Bila join challenge macam ni baru rajin nak bergerak. Bakar segala kalori yang ada. Proses nak turunkan berat badan tu jadi lebih mudah la. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.