Cabaran ini telah bermula pada 27 April 2026 yang lepas. Mulanya Cie malas nak join sebab takut tak mampu untuk selesaikan cabaran ni secara berkumpulan. Setiap jabatan perlu menghantar wakil dan kumpulan pun diagihkan mengikut jabatan.
Jabatan Cie pun tak terkecuali la untuk join jugak. Bos up dalam group Cie pun takpela join jela memandangkan Cie pun memang ada join beberapa cabaran solo kat Bookdoc tu.
Cie join Bookdoc ni sejak 2018. Dalam tu ada la juga cabaran yang disediakan yang kita boleh join untuk kita dapatkan e-medal dan e-sijil. Boleh la dimasukkan ke dalam MyPerformance untuk bahagian sumbangan di luar tugas rasmi tu.
Ada 2 orang staf Cie mereka join group jabatan lain. Jadi dah kurang calon di group yang betul-betul untuk jabatan Cie ni. Cie pun join jela dengan bos dan sorang lagi staf lelaki. Bila dah join tu mereka add pulak dalam group whatsapp. Setiap hari ada pembakaran untuk cukupkan 10,000 steps. Secara tak langsung terus jadi semangat ye.
Tak semestinya kena berlari je. Banyak lagi cara kita boleh lakukan untuk cukupkan steps setiap hari tu. Setiap 10,000 steps akan dapat 1 star. Sepanjang cabaran Cie cuba la setiap hari untuk sumbang 1 star untuk group. Kita taknak la mensia-siakan semangat rakan-rakan kumpulan. Mereka gigih kumpul star untuk kumpulan so kita kena la juga menyumbang. Takdela sia-sia kita join group tu.
Tapi ada je ye yang tak cukup 10k steps tu. Jadi tak dapat la nak rank atas-atas sebab ada ahli kumpulan yang tak bagi komitmen. Ketua pasukan dah remind pun mereka buat taktau je. Entahla kan kalau taknak join tak payah la join bagi je orang lain join.
Cie kumpul steps berjalan atas walking pad je sehari daalam 2-3km. Lepas tu yang lain tu pergerakan sewaktu kat tempat kerja, kat rumah, buat excercise ringan-ringan kat rumah asalkan ada pergerakan. Ramai juga staf KKM berlari, brisk walk untuk kumpul steps tu. Setakat ni Cie buat 11-15k steps setiap hari.
Sejenis introvert macam Cie ni lebih selesa nak excercise dalam rumah je. Guna walking pad dan kettlebell. Selain tu boleh la buat pergerakan ringan. Excercise tangan ke, excercise kaki ke asalkan ada pergerakan. Sambil duduk pun boleh je buat excercise.
Bagus jugak join cabaran ni sebab kita jadi semangat nak cukupkan steps tu. Mula fikir macam agak mustahil nak cukupkan 10k steps setiap hari, rupanya mudah saja. Nak atau taknak je.
TEMPOH CABARAN
Tempoh cabaran (tarikh mula dan tarikh tamat): 27/4/2026 - 25/7/2026
Tempoh percubaan cabaran : 20/4/2026 - 24/4/2026
Tempoh pendaftaran : 17/4/2026 - 30/5/2026
PESERTA SETIAP KUMPULAN
MAKSIMUM: 20 ORANG
MINIMUM: 7 ORANG
Menggunakan aplikasi BookDoc. Group Cie cukup 20 orang terdiri dari Jabatan Dietetik dan Sajian, Jabatan Anestesiologi, Dewan Bedah, ICU, Jabatan Patologi dan Unit Psikiatri.
SISTEM MARKAH
Lebih 10,000 dan ke atas setiap hari akan menerima 1 point (ada gambar bintang dalam apps tu untuk setiap pencapaian kita)
Langkah harian akan dihadkan kepada maksimum 30,000 langkah. Sebarang langkah tambahan yang melebihi tetapan ini tidak akan dikira dalam penilaian. Jika seorang peserta keluar daripada pasukan atau telah dikeluarkan oleh ketua pasukan semasa cabaran berlangsung, mata dan langkah mereka akan diset semula serta ditolak daripada jumlah keseluruhan mata pasukan. Langkah kaki untuk cabaran akan mula dikira berdasarkan masa peserta menyertai pasukan sekiranya peserta menyertai cabaran selepas ia bermula.
KATEGORI CABARAN LANGKAH SIHAT ITU SAYA JABATAN KESIHATAN NEGERI
Group S : Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, WP Labuan, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya
Group M : Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Kedah
Group L : Perak, Johor, Sarawak, Sabah, Selangor
BAGAIMANA KEDUDUKAN JKN DITENTUKAN
Peserta akan bersaing dalam kategori yang telah ditentukan. Kedudukan adalah mengikut jumlah ePingat yang disumbangkan setiap pasukan dalam JKN masing-masing.
SASARAN UNTUK DAPATKAN ePINGAT (selepas tamat cabaran)
EMAS : 1350 - 1800 MARKAH PASUKAN
PERAK : 900-1349 MARKAH PASUKAN
GANGSA : MINIMUM 450-899 MARKAH PASUKAN





13 Ulasan
Good luck Cie..
BalasPadamLinda kat sini takde pula geng² admin buat..lagi pun, Linda risau Linda tak capai..hahaha..jadi, malas nak join..
Menarik juga... semoga ada rezeki unuk menang..!!
BalasPadamSemoga Cie dapat sahut cabaran ini dengan jayanya.. All the best to you Cie, chaiyokkk!
BalasPadamWah…hebat Cie boleh buat >10k sehari 👏🏽
BalasPadamall the best cie!
BalasPadamMenarik betul. Cabaran berkumpulan macam ni yang buat kita makin semangat. Saya pun tengah usaha nak cukupkan 10k langkah sehari. Biasa dapat 6-8k je sehari.
BalasPadamGood luck Cie, semoga berjaya nanti.
BalasPadamAll the best kak cie! Jiayokkkk
BalasPadamBest of luck, Cie ! 👏 believe in yourself 💐
BalasPadamGood luck Cie.
BalasPadamSeronok buat ramai².. semangat lebih.
Wah, lebih dari 10k langkah tu! Kipidap Cie! 👏🏻👏🏻
BalasPadamOkay semoga suksess, group Cie bole menang nanti!
BalasPadamWow..Byknya steps...=D
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.