Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0

Minggu lepas Cie menerima whatsapp daripada Cuya menjemput untuk join Giveaway yang dianjurkan. Tengok tarikh tutup masih lama jadi kita relax dulu la. 

Cie memang suka join giveaway. Tak kesah menang ke kalah asalkan kita support rakan blogger kita buat segment. 

Sambil tu kita boleh tambah rakan blogger yang baru. Sejak aktif semula berblog ni Cie tengok blog masih kekal relevan sehingga sekarang. Pageview cecah ribuan setiap hari pun bukti yang ramai je orang masih jumpa blog kita.

So marilah kita sama-sama join Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 yang dianjurkan oleh Cuya ni. Korang boleh klik banner di bawah ni dan boleh la join ye.



Walapun raya dah berlalu boleh je guna untuk tahun depan pulak sampul raya ni. Cie tak kenal sangat watak anime ni. Pernah la tengok onepiece tu dulu dalam laptop Cie ada cerita tu kawan Cie bagi. Lama dah masa belajar dulu berpuluh tahun yang lepas sekitar tahun 2003-2005 kalau tak silap la dah ada onepiece tu.

Jangan lupa ye kita ramai-ramai memeriahkan segment anjuran blogger Cuya ni. Tarikh tutupnya pada 30 Mei 2026.


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.