Kopi Saigon Di Kuala Lipis

Sebelum ni dah beberapa kali pernah order Kopi Saigon masa ke Kuantan. Selalu singgah beli keropok di Jaya Gading dan terus singgah beli kopi dulu sebelum balik.

Kopi Saigon ni takde apps. Kalau ada apps tu best la jugak nak repeat order. Sekarang kat Lipis dah ada buka cawangan Kopi Saigon. Sempat la singgah beli sekali.

Cie singgah Kopi Saigon masa beli barang dapur 3 Mei yang lepas. Kami sampai tu macam buka tak buka je. Tengok ada orang masuk baru la kami pun masuk.


Masa nak buat order tu cashier baru nak on tab order tu katanya mereka baru lepas meeting. Yang kami nampak masuk tu owner la kot. Tanya juga kat cashier takde membership ke katanya takde. Cie ada je log in akaun Kopi Saigon tu. Kira takde points atau voucher la kot. Takpela saja je nak try order situ.


Cie order kopi buttercream untuk Cie dan untuk anak-anak milk tea. Total semua sekali RM30.70. Cie bayar RM50 cash dan sepatutnya cashier kena pulangkan baki RM19.30. Tapi dia pulangkan RM19.20 je katanya sebab takde 10sen. 



Eh boleh pulak camtu ek. Cie cakap la eh mana boleh macam tu. Cie pun korek beg jumpa la 70sen Cie pun bagi kat dia dan dia bagi la baki RM20. Macam mana entah berniaga tapi tak sediakan duit baki secukupnya. Cashier tu boleh je tanya Cie ada syiling ke tak. Ni boleh pulak tak pulangkan even 10sen pun tetap hak customer. 

Biasanya Cie bayar guna kad atau QR je. Jarang guna cash. Masa tu kebetulan ada cash Cie guna jela. Kalau dia cakap awal-awal takde syiling tu Cie bayar jela guna kad atau QR. Ataupun dia boleh je tanya Cie ada syiling ke tak.

Cie customer pertama hari tu. Orang pertama yang masuk membeli selepas mereka buka kedai. Selepas Cie tu ada 2 orang customer lagi. Masa customer ketiga masuk tu memang lama juga dia tercegat depan cashier. Semua sibuk sediakan air yang Cie dan customer kedua tu order. Takde orang ambil order abang tu. Lepas order Cie siap baru la cashier tu ambil order abang tu.

Kalau Kopi Saigon ni ada apps lagi mudah orang beli order online je. Lepas tu pick up. Lagi cepat takdela lama customer menunggu dan takdela masalah takde duit syiling untuk baki tu. 



Dalam kedai cantik ada lukisan mural. Ruang kedai pun luas dan banyak meja dan kerusi disediakan. Boleh la kalau nak mengopi sambil hang out dengan kawan-kawan. Kami tak minum kat situ, lepas siap order terus balik.





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Yelah Cie, kedainya dah elok tapi macam tak bersedia nak bisnes - duit kecil tak sediakan. Pengalaman buruk gini walaupun nampak macam hal kecil tapi orang jadi tak suka nak datang lagi, sekarang ada banyak pilihan kedai lain.

    BalasPadam
  2. Eh2 tak jujur ye berniaga macam ni. Entah berapa orang la customer yg dieorg dah short-change dengan alasan ni.

    BalasPadam
  3. Kopi selamanya. adoi susah betul nak ilangkan addiction to coffee ek.

    BalasPadam
  4. sbb tu sy suka guna QR utk jaga emosi.. hahahaa... buat bengang je bukak kedai tp xde duit baki

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.