Kopi Saigon ni takde apps. Kalau ada apps tu best la jugak nak repeat order. Sekarang kat Lipis dah ada buka cawangan Kopi Saigon. Sempat la singgah beli sekali.
Cie singgah Kopi Saigon masa beli barang dapur 3 Mei yang lepas. Kami sampai tu macam buka tak buka je. Tengok ada orang masuk baru la kami pun masuk.
Masa nak buat order tu cashier baru nak on tab order tu katanya mereka baru lepas meeting. Yang kami nampak masuk tu owner la kot. Tanya juga kat cashier takde membership ke katanya takde. Cie ada je log in akaun Kopi Saigon tu. Kira takde points atau voucher la kot. Takpela saja je nak try order situ.
Cie order kopi buttercream untuk Cie dan untuk anak-anak milk tea. Total semua sekali RM30.70. Cie bayar RM50 cash dan sepatutnya cashier kena pulangkan baki RM19.30. Tapi dia pulangkan RM19.20 je katanya sebab takde 10sen.
Eh boleh pulak camtu ek. Cie cakap la eh mana boleh macam tu. Cie pun korek beg jumpa la 70sen Cie pun bagi kat dia dan dia bagi la baki RM20. Macam mana entah berniaga tapi tak sediakan duit baki secukupnya. Cashier tu boleh je tanya Cie ada syiling ke tak. Ni boleh pulak tak pulangkan even 10sen pun tetap hak customer.
Biasanya Cie bayar guna kad atau QR je. Jarang guna cash. Masa tu kebetulan ada cash Cie guna jela. Kalau dia cakap awal-awal takde syiling tu Cie bayar jela guna kad atau QR. Ataupun dia boleh je tanya Cie ada syiling ke tak.
Cie customer pertama hari tu. Orang pertama yang masuk membeli selepas mereka buka kedai. Selepas Cie tu ada 2 orang customer lagi. Masa customer ketiga masuk tu memang lama juga dia tercegat depan cashier. Semua sibuk sediakan air yang Cie dan customer kedua tu order. Takde orang ambil order abang tu. Lepas order Cie siap baru la cashier tu ambil order abang tu.
Kalau Kopi Saigon ni ada apps lagi mudah orang beli order online je. Lepas tu pick up. Lagi cepat takdela lama customer menunggu dan takdela masalah takde duit syiling untuk baki tu.
Dalam kedai cantik ada lukisan mural. Ruang kedai pun luas dan banyak meja dan kerusi disediakan. Boleh la kalau nak mengopi sambil hang out dengan kawan-kawan. Kami tak minum kat situ, lepas siap order terus balik.




15 Ulasan
Yelah Cie, kedainya dah elok tapi macam tak bersedia nak bisnes - duit kecil tak sediakan. Pengalaman buruk gini walaupun nampak macam hal kecil tapi orang jadi tak suka nak datang lagi, sekarang ada banyak pilihan kedai lain.
BalasPadamEh2 tak jujur ye berniaga macam ni. Entah berapa orang la customer yg dieorg dah short-change dengan alasan ni.
BalasPadamKopi selamanya. adoi susah betul nak ilangkan addiction to coffee ek.
BalasPadamsbb tu sy suka guna QR utk jaga emosi.. hahahaa... buat bengang je bukak kedai tp xde duit baki
BalasPadamBelum pernah masuk saigon di Keningau, Sabah.. ada juga tempat ni ..macam kopi2 kan..
BalasPadamSaya jeling ja saigon..hebat tempat menarik..tapi serius belum pernah masuk..nak cuba jg saigon ni..
BalasPadamLawa mural nya. Banyak betul pilihan kopi sekarang kan
BalasPadamowner kopi ni melayu. pernah tgk podcast owner as tetamu.
BalasPadamkita ni bukan jenis cakna sgt dgn kopi, ada minum, takda udah. lidah pun rasa mcm samaaa ja, ahahahaaa. cuma haitu cuba kopi susu saigon yg dlm tin tu, maigosh 3 hari membuang bau kopi. cepat-cepat minum air masak banyak2.
10 sen pun still duit jugak. cashier tu kena tanya la dulu sblm main potong ikut suka ati gitu..haishhhh
BalasPadamBetul tu, bab duit baki ni walaupun 10 sen tetap hak pelanggan. Sepatutnya mereka kena peka dan sediakan duit kecil secukupnya sebelum buka kedai, lagi-lagi kalau baru lepas meeting. Nasib baik Cie ada syiling dalam beg. Kedai dah cantik ada mural bagai, harap pengurusan lepas ni boleh perbaiki lagi servis mereka.
BalasPadam10 sen kalau di kumpul banyak tu alangkan 1 sen pun bila banyak boleh digunakan lagi. Apa lah nak berniaga tak prepare awal. Jangan sampai customer lari udah le
BalasPadamIni dah masuk list saya, nak cari saat di KL June. Tapi sejujurnya saya suka kalau tak pakai apps, sebab foreigner macam saya, biasa beli ini hanya sesekali kan ðŸ¤. Susah juga kalau install dulu saat beli. Macam Zus, saya instal dulu tiap nak beli, lalu uninstall .
BalasPadamSebab dia tak mau kita order manual.
Makanya saya suka kalau ada cafe yg masih bisa manual
lama tak minum kopi saigon ni. dulu pernah try latte coconut dia, sedapp.
BalasPadameh eh cashier tu... patutnya tanya dulu customer, ada tak 70 sen, sebab takde baki syiling. kalau customer kata nak halalkan 10 sen tu takpelaa
Kalau kopi buttercream rasa buttery lah ya... akak tak reti nak cuba yang pelik². Semalam member order Zus flavour ni.
BalasPadamPatutnya dia kenalah tanya customer dulu.. Mana boleh pandai-pandai tak nak pulangkan baki.. Walaupun 5 sen, tetap kena pulangkan..
BalasPadamSha kalau ke Kopi Saigon ini selalu beli Kopi Mocha Coklat Cip..
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.