Sejak busy setiap hari cukupkan steps dalam Cabaran Langkah Sihat Antara JKN lambat la jugak share menu dinner dalam blog ni. Tapi tetap la nak update jugak menu dinner.

Sebelum ni balik kerja terus solat Asar dan masak. Sekarang ni Cie excercise dulu lepas tu baru la masak menu dinner. Lepas masak kalau ada masak Cie sambung excercise. Gigih ek demi dapatkan BMI normal.

Menu dinner malam ni Cie masak ayam goreng berlado kegemaran anak-anak. Memang 2 beradik tu suka sangat makan menu ni. Sambil goreng ayam sempat jugak la buat stok sambal belacan


Balik kampung baru ni kakak Cie bagi daun munggai (moringa). Teringat masa kecik mak selalu masuk dalam telur dadar. Cie pun buat la tadi 2 biji telur pukul sekali dengan daun munggai tu. Memang sedap.

Kangkung pulak Cie goreng belacan. Anak-anak suka la makan kangkung belacan. Titik bawang putih lepas tu masukkan je sambal belacan tu. Senang kerja guna sambal belacan je masak kangkung.

Oleh kerana dah buat stok sambal belacan, Cie potong la juga timun buat tambah-tambah menu dinner. Tu jela menu dinner malam ni. Lepas Maghrib tadi terus la makan. Alhamdulillah kenyang dah.