Sebelum ni balik kerja terus solat Asar dan masak. Sekarang ni Cie excercise dulu lepas tu baru la masak menu dinner. Lepas masak kalau ada masak Cie sambung excercise. Gigih ek demi dapatkan BMI normal.
Menu dinner malam ni Cie masak ayam goreng berlado kegemaran anak-anak. Memang 2 beradik tu suka sangat makan menu ni. Sambil goreng ayam sempat jugak la buat stok sambal belacan.
Balik kampung baru ni kakak Cie bagi daun munggai (moringa). Teringat masa kecik mak selalu masuk dalam telur dadar. Cie pun buat la tadi 2 biji telur pukul sekali dengan daun munggai tu. Memang sedap.
Kangkung pulak Cie goreng belacan. Anak-anak suka la makan kangkung belacan. Titik bawang putih lepas tu masukkan je sambal belacan tu. Senang kerja guna sambal belacan je masak kangkung.
Oleh kerana dah buat stok sambal belacan, Cie potong la juga timun buat tambah-tambah menu dinner. Tu jela menu dinner malam ni. Lepas Maghrib tadi terus la makan. Alhamdulillah kenyang dah.


20 Ulasan
Lama juga saya tak makan masakan paladin ni. Rindu ayam balado, ikan balado....
BalasPadamSedap menu dinner Cie.
BalasPadamRajin Cie exercise. Semoga dapat berat ideal.
Cie ni memang rajin memasak..alhamdulillah..
BalasPadamMoringa pernah dengar, tp tak tahu bentuk daunnya. Ntahlah ada dijual di sini atau tidak. Tp kalau masak dengan telur, memang yakin sedap. Sebab telur nih cocok dikombinasikan dengan aneka sayur
BalasPadamSemoga hajat tercapai nak dptkan BMI normal
BalasPadamRamai orang kata sedap kalau letak daun moringa dalam telur dadar. Nak kena cuba juga satu hari nanti ni. Masakan Cie sokmo nampak😋
BalasPadamni menu dinner menambah nasi ni....
BalasPadamBau daun ni saya tak suka. Pernah ada orang bagi. Bagus untuk kesihatan juga.
BalasPadamYa pernah juga daun munggai masuk dalam telur dadar.
BalasPadamSemoga berjaya untuk dapatkan BMI normal.
Terus search mcm mana bentuk daun munggai...
BalasPadamMenu ni bertambah2 nasi jadinya nti hee
BalasPadamcomel je sambal belacan dok dalam bekas tu, cmne nak cicah?? hahaha
BalasPadamambil sudu dan cedok letak dalam pinggan masing2. hihhihi
Padamkalau ammi dulu arwah mama letak daun murunggai ni dalam kari dal. kalau goreng, dia letak kelapa parut. memang style india jelah
BalasPadamDaun moringa ni bagus utk kesihatan. Dulu rasanya ibu pernah beli minuman daun moringa.
BalasPadamBagus untuk apa tak pasti.
Cuya suka juga sambal berlado. Sambal dia kena buat lebih sikit baru syok. Kalau makan kering sangat pon tk puas makan
Sedap menu makan malam Cie, rajinnya Cie memasak.
BalasPadamAkak pun suka buat sambal belacan banyak-banyak.. boleh guna untuk goreng sayur atau pun buat rencah nasi goreng.
BalasPadamDaun munggai dalam telur dadar, bagus ni. Thanks for sharing Cie.
BalasPadamGigih Sha google daun munggai tu apa.. Baru tau nama dia.. Selalu nampak ja daun tu tapi tak tau nama.. TQ share Cie..
BalasPadamteringin nak mkn daun munggai tu...zmn kecik2 saya pernah mkn sbb arwah ayah suka daun tu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.