Cie pakai kebaya pendek baju yang Cie beli konon nak pakai dinner last year. Tapi tak jadi masa tu ada problem kain. Kalau tengok gambar Cie tu kain kembang betul. Jenuh adjust masa nak ambil gambar tu. Macam skirt dah kembang tu. Dah hantar alter kat kedai sampai 2 kali dah pun tetap la kembang. Pakai jela malas nak fikir dah.
Anak-anak pulak pakai baju baru yang hantar kat tailor. Kain pasang tu Maksu Faiz bagi untuk majlis kenduri sambut menantu anaknya masa raya puasa hari tu. Kami tak dapat datang masa tu adik Rania ada kem pemimpin cilik.
Kain tu dapat 4 meter je untuk Cie. Bila dah tak jadi pergi tu Cie tempah untuk anak-anak jela. Lagi 4 meter kain bahagian biras Cie dia taknak sebab dah beli baju siap untuk kenduri tema teal blue. Jadi dapat la 8 meter dan buat untuk anak-anak je.
Faiz pulak takde baju biru macam kami. Dia pergi solat raya pakai baju colour maroon raya puasa tahun 2024. Balik solat dia tukar tshirt je. Jadi la carca marba je baru raya kami. Takde hal la kan.
Bergambar untuk cipta memori je. Faiz tu bukan suka sangat bergambar tapi dah 3 perempuan dalam hidup dia kena la follow je.
Korang pakai sedondon ke raya ni?





3 Ulasan
Tak pakai baju raya and tak bergambar pun raya haji kalini 😆
BalasPadamKak SA x pakai sedondon pun...tp pakai kurung kedah kaler navy blue, Dania pakai baju kebaya kota baru raya tahun ni punya..suami pakai baju melayu light grey dia tu...kelakarnya xde amik gambar pun pagi raya...malas...cuaca panas...betul2 gambar kat kubur tu je...hahahaha
BalasPadamlawa la baju cie! MZ tak de gmbr raya haji sbb razeen tak nak pakai baju raya, dia masih belum sembuh la lps operate bersunat tu..sikit sgt progress penyembuhannya..nak bergerak pun tak berapa boleh..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.