Cie pakai kebaya pendek baju yang Cie beli konon nak pakai dinner last year. Tapi tak jadi masa tu ada problem kain. Kalau tengok gambar Cie tu kain kembang betul. Jenuh adjust masa nak ambil gambar tu. Macam skirt dah kembang tu. Dah hantar alter kat kedai sampai 2 kali dah pun tetap la kembang. Pakai jela malas nak fikir dah.
Anak-anak pulak pakai baju baru yang hantar kat tailor. Kain pasang tu Maksu Faiz bagi untuk majlis kenduri sambut menantu anaknya masa raya puasa hari tu. Kami tak dapat datang masa tu adik Rania ada kem pemimpin cilik.
Kain tu dapat 4 meter je untuk Cie. Bila dah tak jadi pergi tu Cie tempah untuk anak-anak jela. Lagi 4 meter kain bahagian biras Cie dia taknak sebab dah beli baju siap untuk kenduri tema teal blue. Jadi dapat la 8 meter dan buat untuk anak-anak je.
Faiz pulak takde baju biru macam kami. Dia pergi solat raya pakai baju colour maroon raya puasa tahun 2024. Balik solat dia tukar tshirt je. Jadi la carca marba je baru raya kami. Takde hal la kan.
Bergambar untuk cipta memori je. Faiz tu bukan suka sangat bergambar tapi dah 3 perempuan dalam hidup dia kena la follow je.
Korang pakai sedondon ke raya ni?





20 Ulasan
Tak pakai baju raya and tak bergambar pun raya haji kalini 😆
BalasPadamKak SA x pakai sedondon pun...tp pakai kurung kedah kaler navy blue, Dania pakai baju kebaya kota baru raya tahun ni punya..suami pakai baju melayu light grey dia tu...kelakarnya xde amik gambar pun pagi raya...malas...cuaca panas...betul2 gambar kat kubur tu je...hahahaha
BalasPadamlawa la baju cie! MZ tak de gmbr raya haji sbb razeen tak nak pakai baju raya, dia masih belum sembuh la lps operate bersunat tu..sikit sgt progress penyembuhannya..nak bergerak pun tak berapa boleh..
BalasPadamPakai sedondon, tapi takde gambar raya.. hahaha
BalasPadamentah mcm mana kan, kita byk pula outfit warna outfit cie tu. tah dari mana dtg tah.
BalasPadamraya haji biasanya kita pakai jubah dan tak sedondon, tapi tahun ni raya rmh sendiri, kita seorang je semangat pakai baju raya. hahaaa~ yg lain entah ke mana.
pakai t shirt je. Pagi-pagi bersilat kat dapur. dah siap terus landing atas katil. Memang dalam hati niat nak rehat dan santai je
BalasPadamAyu...kena dengan tuannya....
BalasPadamKebetulan lagi ni.....Cella anak dara saya pun semalam pakai kebaya pendek berkain batik..kebaya pendek saya yang lama ..tapi warna biru gelap...hihihi
Langsung tak ada OOTD Raya Haji.
BalasPadamWeaw! Terus Biru mata hitam ku!
BalasPadamRaya haji kami free & easy, ikut pilihan masing² :)
BalasPadamKami tak sempat bergambar di hari raya 😅😅 Sebab acara sembelihan korban buat di depan rumah, anak² awal lagi dah menjengah taoak sembelih, excited nak tengok lembu dan kambing.
BalasPadamTak sedondonpun. Saya petang raya pertama baru balik kampung.
BalasPadamWalaupun caca marba tapi warna dia still seakan-akan kira aci lah eh. Diah lagi la tak pakai baju kurung pon. anak-anak je teruja
BalasPadamSy pun pakai baju apa yang ada je =)
BalasPadamManis sekeluarga berbaju serba biru yang girls nya. Molek sungguh
BalasPadamKami tak bergambar satu family pun raya haji.. pergi masjid asing² sebab lepatu ada yang nak tengok lembu korban.
BalasPadamcomelnya kak cie!
BalasPadamSeumur2 nikah tak pernah kami pakai sedondon 🤣🤣. Sebab skintone saya, suami dan anak2 beda. Jadi memang tak boleh pakai baju sewarna. Jadi saya selalu bebaskan mereka pakai warna apa saja yg mereka suka 😄
BalasPadamKaler ni naikkan seri wajah Cie, hehe. 👍
BalasPadamSelamat hari raya aidil adha..bahagia itu kita rasakan ..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.