Pemenang Top Komentator April 2026 di Blog Roziah Muhammad Nor

Segmen Top Komentator Bulanan di blog ini diteruskan lagi untuk bulan April 2026. Tak sangka dah 9 bulan segmen ini berjalan sejak Ogos 2025 sebagai tanda penghargaan kepada rakan blogger yang rajin tinggalkan komen dan aktif berinteraksi setiap bulan.

Antara pemenang-pemenang sejak Ogos 2025:

Ogos 2025: Fanny & Nina
Sept 2025: Mama Zharfan
Okt 2025: Etuza
Nov 2025: Suria Amanda
Dis 2025: Cuya
Jan 2025: Cuya
Feb 2025: SiiNurul
Mac 2025: Cuya

Kalau ikut list Cuya dah 3 kali menang. Rajin betul ye Cuya datang boom komen kat blog Cie. 

Seperti biasa, pemenang dipilih berdasarkan rekod dalam widget Top Komentator, yang Cie screenshot pada hari terakhir bulan antara jam 8:00 malam – 11:59 malam. Masuk sahaja jam 12:00 tengah malam, widget tersebut akan auto-reset ke bulan baharu. Untuk bulan ni Cie screenshot pada pukul 8.39 malam.

Nasib baik screenshot awal-awal. Ingatkan nak la screenshot semula sebab banyak lagi komen selepas 8.39 malam tu. Sekali internet takde pulak. Taktau la apa masalah celcomdigi untuk handphone Cie takde line. Handphone adik Rania je ada. Mulanya kakak Raisha ada lepas tu tiba-tiba takde jugak.

Rupanya Celcomdigi tengah naik taraf service. Dalam pukul 11 lebih baru ada line internet. Takde makluman naik taraf. Tiba-tiba je takde line internet.


Pemenang Top Komentator April 2026

Dengan penuh penghargaan, pemenang bagi bulan April 2026 ialah:

Blog: Fanny sahabat alam maya dari Seberang dengan 65 komen. Boleh kata semua entry April Fanny komen. Dah 2 kali Fanny menang tapi disebabkan jarak yang jauh taktau nak post hadiah macam mana. 

Demi menghargai Fanny yang selalu meninggalkan komen di blog Cie nak letak Fanny kat ruangan bloglist blog Cie sehingga hujung tahun la. 

Tahniah kerana menjadi Top Komentator April 2026. 



Top Komentator Bulan Akan Datang

Nak jadi pemenang bulan akan datang? Teruskan aktif memberikan komen di setiap posting Cie.

Semua komen anda akan direkodkan secara automatik dalam widget Top Komentator. Lagi aktif, lagi tinggi peluang untuk naik ke tempat pertama. 

Jadi, kalau anda belum pernah menang mungkin bulan depan rezeki anda pula. 


Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Terima kasih kepada semua pembaca dan rakan blogger yang terus menyokong blog ini sejak dulu. Setiap komen kalian sangat bermakna.

Nantikan pengumuman Top Komentator Bulan Mei 2026 pula selepas ini!


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Tahniah buat semua pemenang dan Fanny...

    BalasPadam
  2. Lamanya tak blogwalking di sini

    BalasPadam
  3. Tahniah Fanny!! Tahniah semua yg tersenarai

    BalasPadam
  4. Tahniah fanny...wah .nama kita listed top 10 lahhh

    BalasPadam
  5. Tahniah buat pemenang dan semua komentator.

    BalasPadam
  6. Tahniah Fanny dan juga semua yang tersenarai.

    BalasPadam
  7. Tahniah kepada Fanny.. 👏👏
    Fanny memang rajin tinggal komen di semua entri.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.