Sampai tadi kedai full house ye. Takde meja kosong. Kami sampai dalam pukul 9.10am. Masa kami sampai tu katanya roti dah takde. Macam dengar tak dengar je sebabnya bising. Lepas tu Cie suruh Faiz tanya semula. Yang tebar roti tu cakap ada 6 lagi. Rezeki kami. Dia cakap order je nanti dia panggil nama.
Kami order roti canai kosong 2 untuk kakak dan adik, Faiz order roti telur dan Cie order roti sarang burung. Air pulak Cie order kopi o ais kurang manis, Faiz air suam, anak-anak teh o ais.
Selain dari menu roti canai ada lagi menu lain. Macam-macam ada semua layan diri. Cie ada tengok nampak tumis perut. Cie taknak pun saja tengok masak apa. Cie pergi kat meja kebetulan dah ada kosong, tengok Faiz ambil sepiring. Laaa kita tanya je masak apa taknak pun. Terpaksa la makan jugak.
Faiz nak try kari kambing. Dia ambil jugak sepiring. Roti canai kat situ kena ambil kuah sendiri. Pilih la nak apa. Kakak Raisha ambil kari, adik Rania ambil sambal. Sambal jenis bilis besar tu. Lepas tu pedas memang adik Rania tak makan la.
Roti canai tu dapat sekeping lagi mereka nak habiskan je katanya ada lagi sekeping. Rezeki la laju je adik Rania nak yang 2 keping tu.
Cie punya roti sarang burung kemain meriah. Ada rendang daging dan sambal ikan bilis. Biasa kat Lipis roti sarang burung ada telur je. Ni baru betul sarang burung. Ada taburan daun bawang dan bawang goreng.
Total semua kami makan tadi Faiz kata RM38. Ok la harganya.







3 Ulasan
nampak roti pun baik kejadiannya. selamat menjamu selera....
BalasPadamBaru je brunch kari kambing tadi dengan suami di Kayu Nasi Kandar hehe. Mula2 igt nak makan dgn roti canai tapi bila tengok jam dah dekat pukul 12 tghr, tukar fikiran request nak nasi beriyani.
BalasPadamterus sy lapar bla tgk roti sarang burung yg meriah tu😁
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.