Sarapan Nasi Kerabu Di Hari Cuti Hol Pahang

Hari ni 22 Mei 2026 Negeri Pahang cuti sempena Hari Hol. Best la long weekend. Cuma Cie tak sambung terus cuti raya. Kalau ikutkan 2 hari je kerja Isnin dan Selasa tapi takpela settle kerja apa yang patut nanti raya cuti sampai 2 Jun. 

Pagi ni nak keluar cari barang dapur sekali beli sikit-sikit barang nak masak menu raya nanti. Terus la keluar mencari sarapan. Adik Rania nak makan nasi kerabu gerai Inna Taman Awam. Port nasi kerabu favourite kami dah kat situ. 





Macam biasa la Cie nasi kerabu, paru goreng dan telur masin taknak sambal kelapa. Faiz nasi kerabu daging bakar dan lemak. Adik Rania dan kakak Raisha nasi kerabu ayam bakar taknak sambal kelapa.

Kami 3 beranak memang makan nasi kerabu tanpa sambal kelapa tu. Entahla tak suka dari dulu. Anak-anak pun sama. Sayur kerabu tu pun anak-anak tak makan tapi Cie la yang ambil sayur tu. Cara masing-masing kan. 

Cie suka nasi kerabu gerai Inna Taman Awam ni sebab nasi kerabu warna biru. Baru feel makan nasi kerabu. Lepas tu keropok dia bagi sekali. Kalau kedai lain ada yang asingkan keropok kena beli lain dan nasi putih. Takde feel makan nasi putih.

Faiz beli jugak karipap pusing. Bungkus terus dalam plastik tak habis makan boleh bawak balik terus. Masuk kereta letak kat seat belakang anak-anak hempap dengan apa entah jadi penyek dah.


Pagi ni ramai juga orang kat kedai tu. Kena beratur la juga kami tadi tunggu turn. Sekarang kan sejak team KKM ada challenge ni memasing rajin la berjalan pusing Taman Awam tu. Cie pun dah lama tak ke situ.

Dulu-dulu masa taman tu baru lepas renovate takde orang sangat pun. Masa anak-anak kecik dulu siap bawak bekal berkelah kat situ lepas berjalan pusing taman. Sekarang ni memang ramai dah berjalan kat situ. 

Lepas siap makan terus gerak ke TF beli barang dapur. Pun ramai jugak orang. Maybe beli barang raya kot. Lepas beli barang di TG singgah BS pulak. Balik rumah kejap simpan barang beli bersiap-siap ke KL pulak ni. Panjang langkah hari cuti. 


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Selamat bercuti Cie, sedapnya nasi kerabu biru..

    BalasPadam
  2. Kalau tak nak sambal kelapa dan kelapa tu gang dengan saya. Hehe sampai ada penjual nasi kerabu kata tak sedap tak ada kelapa sebab cakap tak nak kelapa.....

    BalasPadam

  3. Samaa cuti lepas raya la sampai 2hb Smlm ciknur beli nasi kerabu
    Suka mkn dgn telur masin je

    BalasPadam
  4. Sy pun suka nasi kerabu yg warna biru tu =D

    BalasPadam
  5. ohh pahang cuti rupanya..
    minggu depan confirm ofis sunyi je, ramai yg cuti raya. sedapnya nasi kerabu tu

    BalasPadam
  6. Oh, tak makan sambal kelapa rupanya. Wah.. nyongket KL lagi. Selamat bercuti, Cie.

    BalasPadam
  7. Pahang raya haji meriah mcm raya puasa kan Cie?. Seronok la klu dpt cuti lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pahang tak meriah raya haji. Kelantan yang meriah.

      Padam
  8. tergoda tengok nasik kerabu tu!

    BalasPadam
  9. Cie turun KL shopping ke ? Hehe ...

    BalasPadam
  10. yums sedapnya nasi kerabu!! happy saturday utk cie

    BalasPadam
  11. Keropok biasa set dengan nasi kerabu kan.. ada juga orang jual asing ya.

    BalasPadam
  12. Patutlah ramai orang sanggup beratur, rupa-rupanya ramai yang dah mula rajin berjalan pusing taman sebab cabaran KKM tu ya. Seronok baca jadual hari cuti Cie, penuh aktiviti dari cari barang dapur sehinggalah berjalan ke KL. Selamat bercuti panjang, Cie

    BalasPadam
  13. Sejak dari minggu lepas memang ramai sesaja orang dekat pasaraya.. Beli barang untuk raya rasanya..

    BalasPadam
  14. Waaah kalau saya sukaaaa dengan sambal kelapa nya itu kak 😍😄😄. Selera saja memang. Rinduuu sangat nasi kerabu. Nanti di KL memang harus cari nasi kerabu ini lah . Apalagi hotel saya stay dekat dengan tempat makan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.