Pagi ni nak keluar cari barang dapur sekali beli sikit-sikit barang nak masak menu raya nanti. Terus la keluar mencari sarapan. Adik Rania nak makan nasi kerabu gerai Inna Taman Awam. Port nasi kerabu favourite kami dah kat situ.
Macam biasa la Cie nasi kerabu, paru goreng dan telur masin taknak sambal kelapa. Faiz nasi kerabu daging bakar dan lemak. Adik Rania dan kakak Raisha nasi kerabu ayam bakar taknak sambal kelapa.
Kami 3 beranak memang makan nasi kerabu tanpa sambal kelapa tu. Entahla tak suka dari dulu. Anak-anak pun sama. Sayur kerabu tu pun anak-anak tak makan tapi Cie la yang ambil sayur tu. Cara masing-masing kan.
Cie suka nasi kerabu gerai Inna Taman Awam ni sebab nasi kerabu warna biru. Baru feel makan nasi kerabu. Lepas tu keropok dia bagi sekali. Kalau kedai lain ada yang asingkan keropok kena beli lain dan nasi putih. Takde feel makan nasi putih.
Faiz beli jugak karipap pusing. Bungkus terus dalam plastik tak habis makan boleh bawak balik terus. Masuk kereta letak kat seat belakang anak-anak hempap dengan apa entah jadi penyek dah.
Pagi ni ramai juga orang kat kedai tu. Kena beratur la juga kami tadi tunggu turn. Sekarang kan sejak team KKM ada challenge ni memasing rajin la berjalan pusing Taman Awam tu. Cie pun dah lama tak ke situ.
Dulu-dulu masa taman tu baru lepas renovate takde orang sangat pun. Masa anak-anak kecik dulu siap bawak bekal berkelah kat situ lepas berjalan pusing taman. Sekarang ni memang ramai dah berjalan kat situ.
Lepas siap makan terus gerak ke TF beli barang dapur. Pun ramai jugak orang. Maybe beli barang raya kot. Lepas beli barang di TG singgah BS pulak. Balik rumah kejap simpan barang beli bersiap-siap ke KL pulak ni. Panjang langkah hari cuti.






16 Ulasan
Selamat bercuti Cie, sedapnya nasi kerabu biru..
BalasPadamKalau tak nak sambal kelapa dan kelapa tu gang dengan saya. Hehe sampai ada penjual nasi kerabu kata tak sedap tak ada kelapa sebab cakap tak nak kelapa.....
BalasPadam
BalasPadamSamaa cuti lepas raya la sampai 2hb Smlm ciknur beli nasi kerabu
Suka mkn dgn telur masin je
Sy pun suka nasi kerabu yg warna biru tu =D
BalasPadamohh pahang cuti rupanya..
BalasPadamminggu depan confirm ofis sunyi je, ramai yg cuti raya. sedapnya nasi kerabu tu
Oh, tak makan sambal kelapa rupanya. Wah.. nyongket KL lagi. Selamat bercuti, Cie.
BalasPadamPahang raya haji meriah mcm raya puasa kan Cie?. Seronok la klu dpt cuti lama.
BalasPadamPahang tak meriah raya haji. Kelantan yang meriah.
Padamtergoda tengok nasik kerabu tu!
BalasPadamCie turun KL shopping ke ? Hehe ...
BalasPadamyums sedapnya nasi kerabu!! happy saturday utk cie
BalasPadamKeropok biasa set dengan nasi kerabu kan.. ada juga orang jual asing ya.
BalasPadamMeriah nasi kerabu tu
BalasPadamPatutlah ramai orang sanggup beratur, rupa-rupanya ramai yang dah mula rajin berjalan pusing taman sebab cabaran KKM tu ya. Seronok baca jadual hari cuti Cie, penuh aktiviti dari cari barang dapur sehinggalah berjalan ke KL. Selamat bercuti panjang, Cie
BalasPadamSejak dari minggu lepas memang ramai sesaja orang dekat pasaraya.. Beli barang untuk raya rasanya..
BalasPadamWaaah kalau saya sukaaaa dengan sambal kelapa nya itu kak 😍😄😄. Selera saja memang. Rinduuu sangat nasi kerabu. Nanti di KL memang harus cari nasi kerabu ini lah . Apalagi hotel saya stay dekat dengan tempat makan
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.