Harga masa tukar tu RM68. Cie taktau harga sebenar sebab Cie tak pernah tukar screen protector pun sebelum ni. Masa pakai handphone dulu-dulu tak pernah tukar pun.
Nak dijadikan cerita baru ni Cie evening walk dengan adik Rania pada 11 Mei yang lepas. Cie pegang handphone kat tangan kanan. Seluar Cie takde poket. Adik Rania berjalan sebelah kanan. Dia duk hayun tangan dia ke depan dan belakang sekali terkena tangan Cie yang tengah pegang handphone terus la terjatuh atas jalan tar.
Masa tu remuk rasa hati, risau takut screen handphone yang berderai. Rupanya screen protector je. Adik Rania dah nak menangis takut kena marah. Nak marah buat apa kan dia tak sengaja.
Cepat-cepat whatsapp Faiz ajak ke kedai handphone. Walaupun tukar screen protector yang mahal tetap pecah juga bila jatuh atas jalan tar cuma dapat protect la dari screen handphone pecah.
Nasib ada kedai masih buka kat Lipis Centerpoint sebaris Mr Diy. Apa entah nama kedai tu, kedai melayu. Cie masuk je kedai terus tanya ada tak screen protector untuk iphone 14. Dia kata ada tapi yang biasa tu je RM15. Cie pun terus tukar jela.
Sekejap je dia buat tak sampai seminit. Masa Cie tukar kat Sunway Vellocity dulu kemain lama dia pasang screen protector tu. Lepas dah guna beberapa hari jadi macam gelembung angin.
Yang RM15 ni takde gelembung pun. Cuma tahap ketahanan tak pasti la. Kena jaga betul-betul la dari jatuh lagi. Kalau jatuh atas lantai je ok kot cuma kalau jatuh atas jalan tar memang tak tahan la.

3 Ulasan
Agak kuat jugak impaknya sampai retak macamtu ye Cie. Benda nak jadi, nak buat macamana kan. Tapi memang tu pun function screen protector ni utk protect screen hp, jadi kira function jugak la screen protector tu 😅
BalasPadamBetul..kalau bab hp ni..retak ke..rosak ke..memang remuk hati...macam hp OPPOakak yang jatuh dari tingkat 1 rumah tu...memang dah repair tapi tu la..x leh on plak..malas plak nak fikir repair lagi...
BalasPadamAlhamdulillah.Mujur screen phone masih elok dan screen yg baru murah je.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.