Harga masa tukar tu RM68. Cie taktau harga sebenar sebab Cie tak pernah tukar screen protector pun sebelum ni. Masa pakai handphone dulu-dulu tak pernah tukar pun.
Nak dijadikan cerita baru ni Cie evening walk dengan adik Rania pada 11 Mei yang lepas. Cie pegang handphone kat tangan kanan. Seluar Cie takde poket. Adik Rania berjalan sebelah kanan. Dia duk hayun tangan dia ke depan dan belakang sekali terkena tangan Cie yang tengah pegang handphone terus la terjatuh atas jalan tar.
Masa tu remuk rasa hati, risau takut screen handphone yang berderai. Rupanya screen protector je. Adik Rania dah nak menangis takut kena marah. Nak marah buat apa kan dia tak sengaja.
Cepat-cepat whatsapp Faiz ajak ke kedai handphone. Walaupun tukar screen protector yang mahal tetap pecah juga bila jatuh atas jalan tar cuma dapat protect la dari screen handphone pecah.
Nasib ada kedai masih buka kat Lipis Centerpoint sebaris Mr Diy. Apa entah nama kedai tu, kedai melayu. Cie masuk je kedai terus tanya ada tak screen protector untuk iphone 14. Dia kata ada tapi yang biasa tu je RM15. Cie pun terus tukar jela.
Sekejap je dia buat tak sampai seminit. Masa Cie tukar kat Sunway Vellocity dulu kemain lama dia pasang screen protector tu. Lepas dah guna beberapa hari jadi macam gelembung angin.
Yang RM15 ni takde gelembung pun. Cuma tahap ketahanan tak pasti la. Kena jaga betul-betul la dari jatuh lagi. Kalau jatuh atas lantai je ok kot cuma kalau jatuh atas jalan tar memang tak tahan la.

16 Ulasan
Agak kuat jugak impaknya sampai retak macamtu ye Cie. Benda nak jadi, nak buat macamana kan. Tapi memang tu pun function screen protector ni utk protect screen hp, jadi kira function jugak la screen protector tu 😅
BalasPadamBetul..kalau bab hp ni..retak ke..rosak ke..memang remuk hati...macam hp OPPOakak yang jatuh dari tingkat 1 rumah tu...memang dah repair tapi tu la..x leh on plak..malas plak nak fikir repair lagi...
BalasPadamAlhamdulillah.Mujur screen phone masih elok dan screen yg baru murah je.
BalasPadamalhamdulillah..nasib baik screen protector je yang pecah
BalasPadamfuh, jika skrin pecah mmg bak mai phone baru la alkisahnya.
BalasPadamweols baru tukar screen protector beli shopee, buat sendiri muahahaaa ~ mcm2 skill ye digunakan 🤣
Alhamdulillah, dah pulih semula. Harap tahan lama la screen protector yg baru tu
BalasPadamAlhamdulillah ada screen protector tu... Pernah jadi dekat phone husband, ingatkan screen pecah. Rupanya screen protector je rosak.
BalasPadamScreen protector ini saya tak pernah bisa pasang sendiri. Selaluuu saja gelembung angin tuh muncul. Makanya tiap pasang mesti bawa ke toko, biar staff yg lebih ahli pasangkan 😄
BalasPadamAduhai, sabar ya, ujian kecil kadang datang tanpa di duga..inshaAllah hati2 lepas ni ya..
BalasPadamAlahai, adik Rania ni mesti hayun tangan macam askar, ibunya pulak pegang handphone santai2, hihi. Mujurlah hanya screen protector saja yg pecah, kan. Mujur jugak cepat dapat ganti yang baru.
BalasPadammasa 1st time iphone ammi jatuh sebab kena tolak dengan kucing dari atas meja dan crack gini ammi dah menangis dah sbb ingat screen yang pecah. bila gi kedai, org tu kata screen protector je yang rosak huhhhhhh leganya rasa.
BalasPadamsy tgh cari kedai yg jual screen protector yg ok... harga so far boleh tahan juga laa...
BalasPadamsyukur laa retaknya tak smpi ke skrin hp... kalau tak mau menangis pnjg...
nasib baik screen protector.. boleh tukar baru
BalasPadammemang penting pasang screen protector ni
BalasPadamUishhh.. dahsyat juga kesannya bila jatuh atas tar.
BalasPadamTeruk retaknya tu..
BalasPadamCepat adik tu buat kerja dan kemas..
Suka bila dapat hasil yang baik..
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.