Lunch di UKK Corner D'Lipis

Belum selesai lagi urusan handphone ni so lunch Cie tak masak. Ajak Faiz keluar lepas Zohor Cie nak ke Maybank nak aktifkan secure2u. Bila tukar telefon gitu la. 18jam baru boleh guna. CIMB pun sama jugak cuma yang tu takde pulak kena pergi aktifkan kat ATM. Bank Rakyat pun tak perlu aktifkan apa-apa dah. 

Dah alang-alang keluar tu memang terus mencari makanan jela. Ada beberapa kedai yang kami nak singgah tapi tutup pulak. Cie ajak Faiz ke kedai dalam Taman Desa Perwira kat bawah pokok sebelah car wash. Kedai tu namanya UKK Corner


Mulanya kami ingat tutup. Takde nampak kereta dan orang makan. Faiz ke depan kedai nama la orang kedai tu tengah makan. Faiz tanya buka ke katanya buka. Kami pun turun. 

Lepas kami dah siap makan baru la ada beberapa orang singgah kedai tu. 

Cie order kuetiau celup dan air kosong. Faiz order air kosong dan nasi goreng daging. Adik Rania order teh o ais dan kerabu maggi udang. Kakak Raisha order teh o ais dan kerabu maggi campur ada udang, sotong dan ayam. Faiz tambah keropok goreng







Not bad juga rasanya tu. Boleh la. Sebelum ni owner lain. Takde masakan panas. Cuma ada yang sup je. Kedai yang baru ni ada masakan panas. Total semua kami makan RM52. 

Siap makan terus la balik rumah. Panas betul cuaca. Mata pun minta dibelai. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hehe.. lepas makan makanan sedap, layan mata pun sedap juga, kan. 😊

    BalasPadam
  2. Wow...Part keraabu maggi tu semua nmpk sedap =)

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.