Shanghai International Virtual Run 2026

Kemain ek kita fun run sampai ke Shanghai hah. Hihihi. Cabaran alam maya jela. Secara virtual dalam aplikasi Bookdoc. Ni pertama kali Cie join virtual fun run international. 


Sebelum ni ada nampak kat Bookdoc tapi masa tu dah terlepas date. Yang Shanghai International ni mula 1 Jun hingga 30 Jun 100,000 steps je so Cie dah pun capai 12 Jun yang lepas. Tak sampai setengah bulan pun. Cie start 2 ke 3 Jun macam tu la. 





Kat Bookdoc tu banyak je challenge yang kita boleh join. Cie pun dah dapat banyak e-certificate. Boleh la nanti upload dalam hrmis untuk aktiviti dan sumbangan tu. Cie ni takdela aktif sangat join apa-apa aktiviti anjuran hospital. Tu yang join jela challenge kat Bookdoc ni dah alang-alang join cabaran antara JKN tu. 

Nak capai 10k steps setiap hari tu ada banyak cara kita boleh buat tak semestinya kena berlari. Antara yang boleh dibuat:
  1. Parking kereta jauh sikit dari office. 
  2. Buat excercise ringan dalam rumah. Boleh follow video kat reels ada banyak steps pergerakan kaki dan tangan. 
  3. Buat excercise sambil duduk. 
  4. Berjalan atas walking pad. 
  5. Berjalan sekeliling taman perumahan. 
  6. Buat kerja rumah seperti vacuum lantai, menyapu, mop lantai. 
  7. Lepas makan jangan duduk boleh berdiri dan bergerak ke kiri kanan. 
Banyak lagi sebenarnya cara kita boleh buat. Setiap steps ni dikira. Kiranya handphone sentiasa di tangan la. 

Kalau tak join cabaran macam ni memang kerja berbaring jela. Takde pergerakan. Bagus la juga cabaran begini. 


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Laaa awat akak tak nampak dalam book doc ni. Kalau tak boleh join.

    BalasPadam
  2. Wahhhh..Jauh join fun run tu =)

    BalasPadam
  3. Wah mcm menarik.... 10k step tu mcm2 bole buat ye selain berjalan dan berlari hahaa... ok² igt nak join jgk la challenge pape mcm ni

    BalasPadam
  4. Menarik virtual run, nak join tapi ada je alasan hehe. Ok lepas ni nak try kalau berpeluang

    BalasPadam
  5. Tahniah, Cie! 👏👏💪 Dulu akak ada juga join, yang free. Kalau ada fee yang murah pun akak join juga, yang di Bookdoc, saja gatal, dapat barang sponsor. T-Shirt lari dia pun jenis lawa.

    BalasPadam
  6. Linda pun dah sampai Shanghai juga . Medal dia lawa, rasa mcm nak beli, tapi kena beli t-shirt sekali pula.. kita nak medal je

    BalasPadam
  7. Jauhnya Cie pegi virtual run 😂😂anyway syabas!

    BalasPadam
  8. Ini namanya 'dekat tapi jauh'...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.