Macam biasa la Cie bawak tumbler untuk isi kopi. Cie beli Americano je pagi ni. Masuk je 7E Cie ke bahagian roti dulu nak beli roti gardenia breakthru. Roti tu baru launch nampak radio hotfm promo hari tu mereka buat cabaran on air sambil berjalan.
Cie ambil kad iced americano dan kad curry puff. Cie cakap kat cashier nak promo curry puff beli 3 percuma 1 tu. Cashier tu baru kot macam terkial-kial je nak punch. Ada juga nampak cashier lama. Rasanya yang baru ni jenis takut nak tanya. Agaknya cashier lama tu nampak terkial-kial je dia pun tunjuk la nak punch yang mana.
Masa nak bayar tu Cie nak try guna kad bank yang Cie dah register dalam google wallet. Sekali tak boleh pulak berkali-kali try. Dah la Cie tinggal wallet dalam kereta. Confident sangat boleh guna. Masa pakai iphone dulu guna apple wallet tu memang boleh je. Cie tak pernah guna kad selalu tap pakai iphone je.
Cie pun berlari anak la pepagi buta keluar dari 7E ke kereta nak ambil kad. Nasib takde orang belakang Cie beratur kat cashier. Cie masuk semula nak tap kad baru la ada orang nak bayar kat kaunter.
Cie mintak cashier baru tu buat americano dalam tumbler Cie. Dia macam blur. Cie pun cakap lagi boleh tak buat dalam tumbler ni. Dia macam blur dan duk pandang ke cashier lama tu. Cashier lama tu sibuk buat kerja lain. Dia macam takut nak tanya. Dia cakap ada cup, buat dalam cup. Cie cakap la saya nak mintak buat dalam tumbler ni. Dia blur lagi. Cie cakap takpela buat jela dalam cup.
Selalunya kalau Cie minta buat dalam tumbler mereka lagi suka jimat cup. Kalau 7E area rumah Cie mereka dah biasa siap tanya nak buat dalam tumbler ke.
Cie tunggu dia panaskan curry puff, buat americano lama juga. Pagi-pagi ramai orang. Cashier lagi sorang tu pulak take over nunggu dia buat order Cie orang dah ramai beratur.
Sampai office Cie pun salin ke dalam tumbler. Kekal la lama ice dalam tu kalau letak dalam tumbler.







5 Ulasan
Alahai.. Malu bertanya sesat jalan..
BalasPadamNak kerja dengan orang ini memang kena rajin bertanya.. Orang lama ini okay ja nak ajar janji budak baru tanya elok-elok..
Curry puff tu nmpk mcm curry puff ikea je =q
BalasPadamkesian pulak kat cashier baru tu. Mesti tengah nervous gila sampai blur bila minta buat dalam tumbler. Tapi betul kata Sha Mohamed kat atas tu, malu bertanya sesat jalan. Nasib baik ada cashier lama yang tolong tunjukkan. Apa-apa pun, memang tabik kat Cie sebab gigih patah balik ke kereta ambil kad!
BalasPadamwahai anak muda...janganlah malu bertanya. malu bertanya boleh sesat jalan dik.
BalasPadamGarang benor kot cashier satu lagi tu...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.