Cie pun whatsapp Mazni tanya betul ke tu hadiahnya. Cie yakin la sebabnya takde masuk contest lain dah. Nasib baik betul.
30 Mei yang lepas Cie join contest Jom Teka Gunung di blog Mazni. Cie ni kalau ada contest ke giveaway ke memang laju je join support geng blogger. Menang kalah tak kesah pun asalkan join je.
Tak sangka la 6 Jun yang lepas Mazni umumkan nama Pemenang Jom Teka Gunung, Cie salah seorang dari pemenang. Jawapan Cie agak sipi-sipi jugak tapi Alhamdulillah rezeki Cie.
Hadiah pun dah selamat sampai dan selamat ke dalam perut jugak la mana yang boleh dimakan tu. Elok sangat hari tu Mazni jadi pemenang teka tempat Cie bercuti, kali ni Cie pulak jadi pemenang blog Mazni. Macam bertukar hadiah je kami ni. Hihi.
Antara yang Cie dapat dari Mazni:
- Beg warna hijau - cantik beg nya tu ada zip. Boleh letak kain sembahyang kalau travel tu.
- Fridge magnet
- Keychain
- Minyak angin aromaterapi
- Coowy - sejenis manisan kot. Manis, chewy, ada rasa macam mangga ke apa tak sure tapi sedap la
- Yang dalam bekas tu ada Mazni tulis nota Carica makanan khas daerah Dieng - sejenis minuman sedap jugak rasanya.
Alhamdulillah. Terima kasih banyak Mazni atas kiriman hadiah tu banyak jugak. Semoga murah rezeki selalu Mazni. Seronok berblog ni sentiasa berkongsi rezeki ada je contest dan giveaway yang dianjurkan.








5 Ulasan
Tahniah Cie! Lumayan hadiah contest dari Mazni.
BalasPadamnasib baik jumpa beg kaler hijau, kena dengan tema blog akak xD
BalasPadamwah macam-macam ada. Baru teringat hari tu mazni up dapat hadiah dari cie. Kali ni cie pulak up dapat hadiah dari mazni. Best kan
BalasPadamTahniah, Cie.👏👏 Wah... bertukar-tukar hadiah, kome. 😊
BalasPadamBestnya macam- macam ada...tahniah Cie...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.