Dinner Di Haiqal Tomyam Kg Lubuk Kulit

Kisah 18 Julai 2026 yang lepas. Cie ajak Faiz pergi makan kat kedai kawan sekolah Cie di kampung Lubuk Kulit. 20 minit dari rumah Cie. Selalu dah dia ajak datang makan kat kedai dia baru kali ni berkesempatan. 

Ambil gambar dari dalam kereta masa nak balik, hujan pulak tu tak clear. 


Kami gerak dari rumah lepas Maghrib. Sampai je kedai dia dah sengih nampak kereta Cie. Kedainya nama Haikall Tomyam. Nama anak tunggalnya. Kedai dalam kampung je. Senang la orang kampung datang makan masakan panas. 

Cie order nasi goreng USA, Faiz order nasi goreng apa entah tak ingat, telur dadar dan air suam. Kakak Raisha dan adik Rania order menu sama nasi goreng kampung dan teh o ais. Cie je tak order air, share je minum air anak-anak. 

Nasi goreng kampung

Nasi goreng USA

Nasi goreng tak ingat Faiz punya dia tambah telur dadar

Terkejut tengok portion banyak betul. Jenuh jugak nak habiskan. Harga pun berpatutan. Rasanya RM41 kot total Faiz bayar. Lupa dah 2 minggu berlalu. Kalau tak tulis terus memang lupa la. 

Sedap masakannya. Nasi goreng kampung biasanya kedai makan lain guna ikan bilis keras tu, kawan Cie ni dia guna ikan bilis biasa yang lembut tu bila goreng garing tu. Baru la sedap nak makan. 

Kawan Cie masak sendiri kot rasanya dia busy di dapur tak sempat la nak melayan Cie datang. Saja datang support kawan-kawan meniaga. Kawan Cie ni namanya Linda. Masa sekolah dulu dia peminat cerita hindustan. Sampaikan Cie kenal la pelakon hindustan dari Linda la. 

Cie kawan dengan Linda masa form 2-3 rasanya. Masa form 4 dah lost contact, Cie dah pindah sekolah. Jumpa semula masa dah habis belajar kot tak ingat dah melalui Facebook. Bila dah ada whatsapp berhubung kat whatsapp jela. 

Lepas siap makan kami terus gerak balik. Masa tu dah mula hujan. Berlari-lari la kami masuk ke kereta. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sedap tu nasi goreng kampung.
    Akak kalau beli NGK orang kedai bubuh ayam memang potong betul. Ikan bilis je dah sedap.

    BalasPadam
  2. Bagus Cie support kawan² buat bisnes. Murah makanan kat situ 👍👍

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.