![]() |
| Ambil gambar dari dalam kereta masa nak balik, hujan pulak tu tak clear. |
Kami gerak dari rumah lepas Maghrib. Sampai je kedai dia dah sengih nampak kereta Cie. Linda cakap 'akhirnya sampai juga'. Kedainya nama Haikall Tomyam. Nama anak tunggalnya. Kedai dalam kampung je. Senang la orang kampung datang makan masakan panas.
Cie order nasi goreng USA, Faiz order nasi goreng apa entah tak ingat, telur dadar dan air suam. Kakak Raisha dan adik Rania order menu sama nasi goreng kampung dan teh o ais. Cie je tak order air, share je minum air anak-anak.
![]() |
| Nasi goreng kampung |
![]() |
| Nasi goreng USA |
![]() |
| Nasi goreng tak ingat Faiz punya dia tambah telur dadar |
Terkejut tengok portion banyak betul. Jenuh jugak nak habiskan. Harga pun berpatutan. Rasanya RM41 kot total Faiz bayar. Lupa dah 2 minggu berlalu. Kalau tak tulis terus memang lupa la.
Sedap masakannya. Nasi goreng kampung biasanya kedai makan lain guna ikan bilis keras tu, kawan Cie ni dia guna ikan bilis biasa yang lembut tu bila goreng garing tu. Baru la sedap nak makan.
Kawan Cie masak sendiri kot rasanya dia busy di dapur tak sempat la nak melayan Cie datang. Saja datang support kawan-kawan meniaga. Kawan Cie ni namanya Linda. Masa sekolah dulu dia peminat cerita hindustan. Sampaikan Cie kenal la pelakon hindustan dari Linda la.
Cie kawan dengan Linda masa form 2-3 rasanya. Masa form 4 dah lost contact, Cie dah pindah sekolah. Jumpa semula masa dah habis belajar kot tak ingat dah melalui Facebook. Bila dah ada whatsapp berhubung kat whatsapp jela.
Lepas siap makan kami terus gerak balik. Masa tu dah mula hujan. Berlari-lari la kami masuk ke kereta.






20 Ulasan
Sedap tu nasi goreng kampung.
BalasPadamAkak kalau beli NGK orang kedai bubuh ayam memang potong betul. Ikan bilis je dah sedap.
Bagus Cie support kawan² buat bisnes. Murah makanan kat situ 👍👍
BalasPadamKiranya kwn Cie taktau la Cie dtg dinner situ sbb xjmpa.. Sedap nmpk tgk menunya
BalasPadamCie dah ws kata nak datang. Masa Cie sampai tu dia dah nampak. Masa nak bayar tu pun sempat babai2 dia kat kitchen.
PadamSedap sekali nasi goreng kampung..
BalasPadamNasi goreng tak ingat tu nama dia 'nasi goreng pelupa'... hehehehe
BalasPadamClassmate sekolah rendah sy sorg bukak warung. Sorg lg bisnes satay. Pernah la time raya order satay dr dia utk mkn fmly dkt kg =)
BalasPadamSuka kedai² kampung gini, selalunya portion makanan mmg generous. Harga pun berpatutan 👍🏻
BalasPadamBagus sokong lagi-lagi sedap. Boleh datang lagi.
BalasPadamSis pun gitu, kalau ada kawan buka kedai, seboleh nak pergi hahahaha.. kadang bukan apa, kita nak support dan mana tau rezeki jumpa kawan tu dapat sembang kannn
BalasPadamNampak sedap nasi goreng kat sini. Saya pun tak suka ikan bilis yg keras tu. Sakit lelangit dibuatnya masa tgh makan
BalasPadamSeronoknya dapat makan-makan dekat kedai kawan sekolah lama. Jauh sedikit pun tak mengapa demi penuhi pelawaan dan sokong bisnes rakan sendiri.
BalasPadamNampak semuanya sedap
BalasPadamSebukit nasi goreng dia. Semoga bertambah maju hendaknya, kedai makan kawan lama Cie.
BalasPadamnama sama... tapi linda yang ni tak reti masak, nak jamu kat orang pun risau.. hahaha..inikan bula nak meniaga..aduhhh...jauh lagi
BalasPadamDari bentuk kliatan enak nasgor kampung itu kak. Saya pun lebih suka jika guna bilis yg crispy drpd yg keras. Dan jangan terlalu asin. Pernah dpt yg asin sangat. Tak sanggub telan memang
BalasPadamNasi goreng kampung kalau guna ikan bilis rangup yang lembut tu memang bertambah sedap. Sakit lelangit kalau dapat yang jenis keras kejung tu. Portion pulak banyak, memang puas makan
BalasPadamnasi goreng usa nampak sedap
BalasPadamSemoga Allah tambah lagi rezeki Cie sekeluarga sebab support bisnes kawan. 🫡
BalasPadamrege tu sgt ok. bagus cie support kwn2 bisnes
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.