Kami sampai je kedai tak full house. Ada 2-3 meja je. Order dan bayar terus kat kaunter. Nanti kita akan diberikan nombor. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja kita.
Kami order nasi goreng ayam kepak 3, iced lemon tea 2, passion fruit 1, ais parut pearls manggo 1. Ais parut ni menu baru jadi kena la cuba. Total semua RM58.40.
5 minit kami duduk air sampai, 15 minit makanan pulak sampai. Selesa makan kat situ ada aircond. Cuma kalau nak berborak tu tak boleh kuat-kuat memang orang sebelah boleh dengar la. Meja rapat-rapat juga. Jadi kena la sopan sikit. Ada juga yang gelak kuat-kuat, cakap kuat-kuat. Entahla kan kita ni malu nak bersuka ria gitu.
Siap makan je kami terus gerak balik. Kedai dah mula ramai orang. Mujur kami cepat sikit tadi.






6 Ulasan
alhamdulillah segar tekak..
BalasPadamNampak sungguh menyelerakan. Kedai pula ada aircond, memang selesalah nak makan tengahari.
BalasPadamAir parut mango tu menyegarkan tekak betull
BalasPadamMZ terliur dessert tu
BalasPadamYg last tu mangga ke? Haha tempting nya oii 😅😅
BalasPadamDesertnya mengoda betul
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.