Lunch Di Che Ngah Cafe

Lunch hari ni tak masak. Memang dah plan nak makan kat luar je dengan anak-anak. Cie ajak anak-anak makan di Che Ngah Cafe. Kena keluar awal sikit biasanya kalau lambat nanti habis dah signature kedai tu nasi goreng ayam. 


Kami sampai je kedai tak full house. Ada 2-3 meja je. Order dan bayar terus kat kaunter. Nanti kita akan diberikan nombor. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja kita. 

Kami order nasi goreng ayam kepak 3, iced lemon tea 2, passion fruit 1, ais parut pearls manggo 1. Ais parut ni menu baru jadi kena la cuba. Total semua RM58.40.





5 minit kami duduk air sampai, 15 minit makanan pulak sampai. Selesa makan kat situ ada aircond. Cuma kalau nak berborak tu tak boleh kuat-kuat memang orang sebelah boleh dengar la. Meja rapat-rapat juga. Jadi kena la sopan sikit. Ada juga yang gelak kuat-kuat, cakap kuat-kuat. Entahla kan kita ni malu nak bersuka ria gitu. 

Siap makan je kami terus gerak balik. Kedai dah mula ramai orang. Mujur kami cepat sikit tadi. 


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Nampak sungguh menyelerakan. Kedai pula ada aircond, memang selesalah nak makan tengahari.

    BalasPadam
  2. Air parut mango tu menyegarkan tekak betull

    BalasPadam
  3. Yg last tu mangga ke? Haha tempting nya oii 😅😅

    BalasPadam
  4. Kalau jenis meja rapat² ni, tak selesa pula nak duduk lama²..
    Ais mango tu sedap betul

    BalasPadam
  5. tp mmg ada org yang agak kurang common sense kengkadang tu. contoh dalam lrt yg reramai tu tengok video kat phone habis satu lrt boleh dengar. Ada juga yang cakap dan gelak kuat2 kat sebelah kita, bila kita pandang dia ehhhh dia jeling kita pulak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.