Madrid International Virtual Run 2026

Bulan lepas sampai Shanghai Virtual Run dah. Bulan ni join Madrid International Virtual Run pulak. Best jugak berjalan ke luar negara walaupun di alam maya je. Challenge ni tamat 31 Julai 2026 nanti tapi Cie dah selesaikan dah pada 9 Julai lepas. 


Cie dah berjaya capai 109,549 steps pada 9 Julai tu. Kalau ikutkan challenge tu 100,000 steps je. 


Bila dah berjaya capai steps yang dikehendaki, dapat la 2 medal. Masa 50,000 steps hari tu dah berjaya capai silver medal. Capai je 100,000 steps berjaya capai gold medal pulak. 


Bertambah la Cie punya collection virtual medals. Walaupun e-medal saja pun dah ok.


Ada 4 checkpoint semuanya. Merasa la sampai ke tempat-tempat tu walaupun di alam maya. Nak sampai betul-betul tu entah bila kan. 

Syok la juga ada cabaran macam ni kat Bookdoc. Banyak juga Cie join virtual run. Nak kumpul e-certificate. Boleh la masuk dalam sumbangan dan pencapaian HRMIS. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Jauh tu sampai Madrid. Menarik juga event ni. Melalui Alam Maya je....

    BalasPadam
  2. fuyyo madrid la plakkk bestnya if dpt fly ke sana betul2 ;)

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.