Tengok banyak plastik dia bawak entah apa yang diborong. Masuk je kereta dia cakap semua tu RM50. Ada durian black thorn dan musang king. Owner tu cakap durian dah 3-4 hari. Kalau Cie turun memang tak beli la durian lama. Black thorn 2-3 biji, musang king 3-4 biji gitu la.
Dah beli pun takpela. Faiz belah black thorn tu ok je sedap. Musang king tak sedap. Rania peminat durian pun taknak makan. Maka nya menjadi tempoyak musang king jela.
Sebiji durian pun ada 4-5 ulas je. Isinya terlalu besar. Black thorn tu habis makan. Musang king Cie jadikan tempoyak je. Banyak juga dapat sebotol.
Manggis tu sedap la isinya elok. Adik Rania je makan banyak. Dah tinggal 2 biji je dah dari 1 plastik tu banyak lebih 20 biji kot.
Musim buah-buah tempatan ni puas la makan. Durian pun banyak orang jual tepi jalan. Terlalu banyak tahun ni sampaikan harga durian dah jatuh.









2 Ulasan
Premium tempoyak Cie tu Musang King tu.
BalasPadamBestnya, lps makan durian memang syok makan manggis.. musimnya dtg serentak
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.