Manggis, Durian dan Tempoyak Musang King

Minggu lepas Faiz cakap ada orang jual durian kat depan rumah taman Cie ni. Katanya longgok canpur-campur je. Kami pun pergi la sebelah petang lepas Cie masak. Faiz sorang je turun. 

Tengok banyak plastik dia bawak entah apa yang diborong. Masuk je kereta dia cakap semua tu RM50. Ada durian black thorn dan musang king. Owner tu cakap durian dah 3-4 hari. Kalau Cie turun memang tak beli la durian lama. Black thorn 2-3 biji, musang king 3-4 biji gitu la. 


Dah beli pun takpela. Faiz belah black thorn tu ok je sedap. Musang king tak sedap. Rania peminat durian pun taknak makan. Maka nya menjadi tempoyak musang king jela. 





Sebiji durian pun ada 4-5 ulas je. Isinya terlalu besar. Black thorn tu habis makan. Musang king Cie jadikan tempoyak je. Banyak juga dapat sebotol. 



Manggis tu sedap la isinya elok. Adik Rania je makan banyak. Dah tinggal 2 biji je dah dari 1 plastik tu banyak lebih 20 biji kot. 


Musim buah-buah tempatan ni puas la makan. Durian pun banyak orang jual tepi jalan. Terlalu banyak tahun ni sampaikan harga durian dah jatuh. 


Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Premium tempoyak Cie tu Musang King tu.

    BalasPadam
  2. Bestnya, lps makan durian memang syok makan manggis.. musimnya dtg serentak

    BalasPadam
  3. MZ mcm teringin nak mkn pengat/serawa durian...lom termakbul lg ni hasrat

    BalasPadam
  4. Sekolah sy ada buat pesta buahan kelmarin. Puas hati dpt mkn mcm2 buah.

    BalasPadam
  5. Betul lambakan durian thn ni
    Bykkk betul merata rata ada jual
    Abg ciknur jga kebun kat kg pun rasaa terkejut thn ni hasil jualan x sampai seribu dpt emmm punyalah murah ktnya gred AA pun harga sekilo Rm2
    Manggis pokok 4 pokok hasil jualan rm22 ha haaaa

    BalasPadam
  6. Kita x makan tempyak tp tgk durian tu perghhhh terbyg² durian kita makan aritu 😅😅

    BalasPadam
  7. Itulaaah, surga durian sangaaaat jika ke Malaysia june-july ini 😍😍😍😍. Sayapun ikut puas makan. Sayangnya suami tak ikut kemarin

    BalasPadam
  8. Musang King dah masuk angin tu yang tak sedap tapi jadi tempoyak tu kira premium. Alhamdulillah tahun ni rezeki dapat makan buah durian dengan puas sebab harga murah

    BalasPadam
  9. tempoyak MK. wow sedap ni cie.

    kadang bila durian dah lama masuk angin memang buat tempoyak je sebab rasa dah lari. Musim kali ni meriah durian kan? alhamdulillah harga jatuh pembeli la rasa seronok

    BalasPadam
  10. Tempoyak kita xmakan... Manggis fav... Durian kalo isi kuning boleh makan ngan pulut.. Kalo bau durian ratah je jd pening.. Pelik btul

    BalasPadam
  11. Oh, musang king kalau lama jadi kurang sedap, ya. Akak baru tahu. Jadi tempoyak, okay juga. Boleh buat lauk masak tempoyak atau buat sambal tempoyak.

    BalasPadam
  12. Sayapun dah muak makan durian. Manggis jer yang tidak puas makan.

    BalasPadam
  13. Musim durian kalini mmg puashati dpt beli banyak dgn harga yg murah.
    Manggis jela saya belum beli lagi

    BalasPadam
  14. Makanlah buah-buahan tempatan..sedap vitamin..

    BalasPadam
  15. Bestnya dapat buat tempoyak baru. Di tempat kami belum mysim durian. Biasanya saya pun akan buat tempoyak juga.

    BalasPadam
  16. Kak SA ada 2 botol besar tempoyak campur2 musang king ngan durian kahwin gak...seronok betul...tahun ni puas makan durian..

    BalasPadam
  17. Aduhai..trliur tgk tempoyak tu =D

    BalasPadam
  18. Banyak dapat tempoyak tu.. puas masak nanti.. Akak beli tempoyak tahun lepas pun tak habis² lagi.

    BalasPadam
  19. Cie, nak resepi tempoyak boleh ? Faa buat tak penah jadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena letak garam kasar. Jangan banyak sangat. Agak2 jela dengan jumlah durian tu. Takde bahan lain pun. Kalau nak buat yang manis letak gula sikit.

      Padam
  20. Fuh, gandingan raja dan permaisuri buah yang paling padu! Dapat pulak makan durian fresh berteman manggis, memang kombo tak pernah mengecewakan. Tapi yang paling mencuri tumpuan tentulah Tempoyak Musang King tu... Masya-Allah, gulai atau sambal apa pun kalau guna tempoyak MK ni, sure bertambah-tambah nasi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.