Lupa dah bila promo gores dan menang Zus menang sebuah rumah dan hadiah lain-lain ni bermula. Setakat post ni ditulis Cie baru 2 kali beli.



Promo ni kena beli Zus Tea jadinya tak suka sangat la. 2 kali beli pun adik Rania yang minum. White peach oolong milk tea ni sedap la jugak tu yang adik Rania 2 kali repeat order. 

Kiranya dah 2 kali la dapat voucher. Rezeki dapat voucher yang biasa je. Takde rezeki nak dapat macam orang lain meriah hadiah tumbler, voucher RM9.90 dah macam-macam lagi. 



Kali pertama dapat voucher free add on velvet creme RM2 jela. Dah selamat redeem Ahad baru ni Cie order iced shaken double espresso add on velvet creme guna voucher tu. 



Kali kedua pulak dapat voucher 10% offer je. Tak guna lagi yang ni. Nanti la bebila boleh guna sebelum expired. 


Kat apps Zus ni kalau guna voucher, cup count tak dikira. Cup count ni nak kekalkan rank setiap bulan tu. Ada masa kena collect 8 cup untuk kekalkan rank super addict dalam masa 3 bulan. Bila guna voucher cup count tidak akan dikira. 

Pengguna tegar Zus tau la benda ni. Cie dulu pun taktau kalau guna voucher cup count tak dikira.