Lupa dah bila promo gores dan menang Zus menang sebuah rumah dan hadiah lain-lain ni bermula. Setakat post ni ditulis Cie baru 2 kali beli.
Promo ni kena beli Zus Tea jadinya tak suka sangat la. 2 kali beli pun adik Rania yang minum. White peach oolong milk tea ni sedap la jugak tu yang adik Rania 2 kali repeat order.
Kali pertama dapat voucher free add on velvet creme RM2 jela. Dah selamat redeem Ahad baru ni Cie order iced shaken double espresso add on velvet creme guna voucher tu.
Kat apps Zus ni kalau guna voucher, cup count tak dikira. Cup count ni nak kekalkan rank setiap bulan tu. Ada masa kena collect 8 cup untuk kekalkan rank super addict dalam masa 3 bulan. Bila guna voucher cup count tidak akan dikira.
Pengguna tegar Zus tau la benda ni. Cie dulu pun taktau kalau guna voucher cup count tak dikira.








4 Ulasan
Ada promo buy1 free 1 kannn.. adeiii dia promo ZUS pulak daaa...
BalasPadamDulu gores Dan menang tu seronok tapi tu lah dapat biasa je
BalasPadamEh, sama pula topik kita. Akak pun ada cerita pasal promosi teh Zus ni kat entri baru. Ok ler tu, jadilah, boleh dapat less bila redeem voucher.
BalasPadamaritu bff beli juga yg tea zus ni ..die update juga psl giveaway ni...tgk cup tu ala2 chagee gitu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.